Selasa, 30 September 2008

PENGALAMAN DAN FADHILAT UMRAH

15 Sept 2008, satelah melakukan mandi sunat safar dan solat-solat safar dan solat zohor, serta berdoa safar minta di selamatkan keluarga yang di tinggalkan dan di selamatkan perjalanan umrah, kami bertolak dari teratak kami di No. 24 Jalan Padi Huma, BBU, Johor Bahru jam 1.40 ptg menuju ke Masjid Abu Bakar, Johor Bahru. Rombongan kami seramai 38 orang diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Watak di minta berhimpun di Masjid Abu Bakar dimana bas akan bertolak ke Changi Singapura jam 2 ptg.

Satibanya di sana Datuk Ishak Amin sudah sedia menanti bersama Razali Soud, Alim Shukur, Ustaz Bakar Watak dan saorang pegawai YPJ. Begitu juga staff Ali Zaitun & Baharudin (AZBA) Nurul dan Khairiah serta kawan-kawan Pip iaitu Sharifah Zam, Zana, Kak Win dan Arfah.

Kami mengambil passport dari Hj. Azhar pegawai Tiram Travel Sdn. Bhd. (Tiram), berbual sakejap dengan mereka yang datang untuk menghantar. Aku pasti ramai jemaah yang lambat tiba dan bas akan bertolak lambat ke Changi. Takkan nak tunggu bas bergerak baru aku bergerak dengan kereta ke Changi. Jadi salepas bersalaman dengan semua, aku masuk balik ke JKD 3 untuk melintas causeway bersama Shahrul dan Shidi yang memandu kereta. Kad autopas di perolehi di imigeresen Singapura. Tiba di CHangi Airport hampir jam 3 ptg. Jemaah yang lain yang menaiki bas di jangka tiba di Terminal 1 ini jam 4.30 atau 5 ptg, kata Hj Azhar di JB tadi. Flight jam 7.40 ptg, berbuka puasa jam 7.05 ptg hari ini.

Kini kami sedang menanti di kaunter 10 menunggu ketibaan jemaah lain yang datang dengan bas untuk group check in. Tak pasti samada makanan berbuka puasa di sediakan. Pip kata baik beli sekarang (3.45 ptg) tetapi rasanya macam dengar masa kursus dua Sabtu lepas bahawa makanan di sediakan. Nak beli takut pula membazir.

Terminal 1 ni ada Food Centre di Basement 1, kalau bukan bulan Ramadan kami selalu menjamu selera di situ. Dulu ada restoran beryani Arab Street di hujung pintu masuk, sekarang dah tak ada. Yang ada beryani India di sabelah hujung paling kanan pun tak berapa sedap, macam beryani mamak di mana-mana. Pergi kejap tadi, yang sesuai di beli hanya kuih ketayap, goring pisang tetapi penjualnya nampak bukan Islam. Tak jadi beli. Elok tunggu, kalau ketua rombongan nanti kata tiada makanan, kami akan beli burger di Burger King (halal) dekat gate sabelum berbuka puasa jam 7.05. Bungkus burger dan makan di gate berkenaan, rasanya sempat, check in katakana jam 5 ptg, beli burger jam 6 ptg, berbuka puasa jam 7.05 ptg, boarding jam 7.15 dan terbang jam 7.40 ptg.

Solat maghrib kena di jamakkan dengan solat isyak di Jeddah nanti bila landing jam 4 pagi waktu Malaysia atau 11 malam waktu Saudi. Munkin bas bertolak jam 1 pagi Selasa dan tiba di Medina jam 6 pagi Selasa.

Ini merupakan Umrah yang ke 5 atau 6 atau 7 untuk kami, jadi rasa biasa aje. Cuma belum buat revision akan niat dan bacaan, revision akan di buat sakejap lagi samada sabelum check in atau di dalam pesawat. Risau ada sikit, munkin memikirkan abah dan mak. Apa nak buat, booking umrah sabelum abah masuk hospital. Reda sahaja lah.

Departure notis memaklumkan SV 815 di retimed dari 7.40 mlm kapada 8.05 mlm via Riyadh, lagi bagus, banyak masa untuk berbuka antara 7.05 hingga 7.35 masa untuk boarding pesawat. Pernah pesawat Saudia ni bila ramai orang nak pergi ke Medinah, pesawat singgah di Medinah sabelum landing di Jeddah. Kita tengoklah nanti.

Sejuk pula air-cond Changi Airport ni, mula tadi nak bawa jaket tapi mengenangkan cuaca panas di Saudi melebihi 40 darjah selsius, rasanya buat penat aje bawa jaket. Tahan aje lah, munkin sejuk sebab puasa. Jam 4.15 kini rombongan Tiram masih belum kelihatan, kata Hj Azhar antara 4.30 hingga 5 petang.

Ini kali kedua kami bengerjakan ibadah umrah diketuai oleh Ustaz Bakar Watak, orangnya ceria dan berilmu dan mudah di dekati. Yang pertama masa kami mengendalikan umrah masjid jamek Bandar Baru Uda, itu kurang-kurang 6 tahun dulu. Masa tu beliau masih bertugas di Jabatan Agama Islam Johor, sekarang dah pencen dan disambung kontrek sebagai penulis khutbah solat Jumaat.

Bas JB tiba tepat jam 4.30 ptg, terus group check in di buat oleh Hj Azhar. Kami pasangan yang pertama mendapat boarding pass dan terus masuk melepasi imigeresen Singapura. Kami mencari surau, ianya terletak di hujung kanan terminal 1 dan kena turun tangga. Kami solat asar jam 5.25 ptg.

Berkenalan dengan Hj Shamsudin, kontrektor dari Bandar Mas, Kota Tinggi. Isterinya baru balik dari mengerjakan umrah 2 minggu lepas, sekarang gilirannya pula. Gilir-gilir katanya, sebab masih ada anak kecil sekolah rendah yang perlu di uruskan. Buka puasa lagi 1 ½ jam, penerbangan lagi 2 ½ jam. Sabar.

Buka puasa mengikut Ustaz Bakar mengikut waktu Johor iaitu jam 7.07 malam, tiba masanya kami berbuka dengan air susu coklat yang di beli di 24 hours food mart dengan kuih-kuih dalam kotak yang di bekalkan oleh Tiram Travel mengandungi 2 curry puff, kuih talam dan kurma. Satu kotak coklat dan latte di berikan kapad Ustaz Bakar. Berbuka di luar ruang menunggu sabelum boarding. Solat jamak maghrib dan isyak di buat di bahagian belakang ruang menunggu. Jumpa Mail (Badak) orang kanan Dato Shahril Samad, jumpa dia sabelum check in tadi. Katanya di ambil tiket dan viza, hotel book sediri, Tak nampak dia kat luar masa kami berbuka puasa tadi. Dia masuk perut pesawat awal, katanya nak pergi tandas, jadi munkin dia naik business class.

Pesawat berlepas jam 8 malam, makanan yang di hidangkan merupakan nasi putih dengan ikan macam masak kicap, sayur dan ayam 3 potong, air teh dan pudding. Tidur lepas tu tak berapa selesa di kerusi 51 B, Pip lenyak di 51 C, manakala Hj Yusuf jemaah dari Singapura di kerusi 51 A pun nampak tak lena. Beliau yang merupakan jemaah TM Fauzi dari Singapura adalah daripada 18 jemaah dan pernah tinggal di Permas Jaya, JB berulangalik selama 8 tahun ke Pelabuhan Singapura.

Dah jam 2 pagi waktu Malaysia, berarti hampir 6 jam kami terbang dan di jangka mendarat di Riyadh, ibunegara Arab Saudi dalam tempuh 2 jam atau kurang untuk menurunkan penumpang sabelum terbang semula ke Jeddah. Pesawat kami ini tidak penuh dengan muatan penumpang,
Dapat berita dari Khazali Ahmad sesampai di Changi bahawa Zaid Ibrahim telah meletak jawatan, munkin sebagai Senator Dewan Negara merangkap Menteri Undang-undang. Beliau mempertikai tindakan ISA yang di buat oleh Syed Hamid Albar terhadap saorang pemberita, MP Teresa Kok dan Raja Petra Kamarudin. Memang lah sebagai Menteri Kabinet, suka tak suka beliau harus memikul tanggungjawab “collective responsibility”. Kalau tak boleh, letak sahaja jawatan, itu tindakan bermoral.

Baru beberapa hari beliau mendesak Muhyidin letak jawatan sebab Muhyidin meminta Pak Lah berundur lebih awal dari Jun 2010. Suara Muhyidin dalam hal ini adalah suara rakyat, hanya Muhyidin yang berani. Menteri lain tak berani bersuara, malah nak menyokong Muhyiddin pun takut. Paling hampir Najib yang berkata ianya biar di putuskan oleh bahagian Disember ini. Memang rakyat perlukan perubahan, ada yang kata “anybody has to be better than Pak Lah”.
Jam 2.10 pagi sekarang, hari Selasa 16 September 2008, hati ingin nak tahu adakah perhimpunan di Shah Alam yang di cadangkan oleh Anwar untuk menentang ISA betul-betul di adakan, apa yang berlaku, dapat permit tak, ada rusuhan ke tidak, menghantui fikiran.

Sakejap lagi siang di Malaysia, terfikir juga samada Anwar dapat merampas pemerintahan dari Pak Lah, bagaimana nak di buatnya. Adakah Anwar dapat 30 MP melompat ke PKR, PAS dan DAP, lantas member majority kapada PR. Bagaimana agaknya Anwar hendak mengadakan undi tak percaya terhadap Pak Lah di Parlimen, adakah persidangan Parlimen berjalan hari ini untuk Anwar melakukan demikian, bila Anwar nak mengadap Agung untuk mempersembahkan pemberitahuan majoriti lantas menjadikannnya Perdana Menteri yang di cadangkan oleh majoriti MP.

Kesian Noh Omar, Shabery Chik dan Dr Latif, jadi MP pembangkang, maka hilang lah perks Menteri dan Timbalan Menteri. Lain lah kalau mereka dah awal-awal bagi nama untuk lompat munkin Anwar akan tawar jadi menteri. Teringat Zahid Hamidi, katanya beliau akan hanya lompat parti kalau Anwar menawarnya jadi perdana menteri. Alahai, kalau dia tak lompat dan 16 September jadi kenyataan, beliau akan hilang jawatan menteri, tahu tak dia ? Teringat aku speech di masa melancarkan sabuah superbike di Restoran Saloma tak lama dulu, merapu habis dia bercakap.

Teringat juga, KJ beritahu rakyat cita-cita Anwar itu bodoh dan mengelirukan rakyat, apa yang begitu susah untuk rakyat fahami di zaman canggih ini. Yang keliru dan takut bapa mertua hilang jawatan perdana menteri adalah KJ sendiri.

Adakah Pak Lah akan hanya duduk diam bila 30 MP melompat parti, adakah Pak Lah akan bubar Parlimen dan mengadakan pilihanraya baru, adakah ISA terus di kenakan terhadap beberapa orang lagi MP dari PR untuk mengagalkan majoriti yang di kejar oleh Anwar, adalah pihak tentera akan memerintah samentara apabila dan jika berlaku “pergaduhan antara kaum” hasil dari kenyataan budak dari Pulau Pinang tu, semua kemunkinan itu munkin akan menghasilkan 13 Mei yang pastinya tidak kurang hebat dari tahun 1969.

Kalau dulu mereka kurang bersedia, munkin sekarang mereka lebih bersedia untuk memarangi kita – takut, risau, naik bulu roma. Ingatan 13 Mei 1969 masih kuat di ingatan, bagaimana orang-orang kita bangkit dengan Kiyai yang berilmu dan bersenjata parang dan selimpang merah. Kenyataan mengenai kematian di Kampung Baru KL hanya di dengar dari mulut orang, di kampung-kampung hanya terdengar cerita Kiyai dengan selimpang merah, parang panjang dan pedang tanpa banyak berita pembunuhan. Banyak cerita dari orang-orang kita, ada di antara mereka berpakaian baju Melayu untuk mengelak di bunuh, dan tidak kurang cerita orang-orang kita menyorokkan mereka di tempat-tempat rahsia takut di bunuh oleh orang-orang kita sendiri. Kalau dulu jumlah mereka tak ramai, kini jumlah mereka ramai, kalau itu berlaku adakah orang mereka akan menyekat orang kita dari di bunuh.

Teringat Ikin di Subang Jaya yang belajar Finance and Accounting di Taylor’s College di tahun 2 semester 1, insyaallah semester 2 akan di sambung di Universiti of Southern Australia di Adelaide Australia. Minta-minta yang di takuti tidak berlaku. Begitu juga legal office di Komtar yang akan berpindah ke City Square Oktober 2008 insyaallah (dah balik Shahrul kata AZBA akan memulakan operasi dari CS pada 3 November 2008) dan di Taman Molek, juga YPJPI yang semuanya hampir 50 orang mencari rezeki termasuk anak dan menantu. Semua itu munkin terjejas. Kalau nak tahu lebih mengenai legal office kami, pergi ke website kami www.azba.com.my .

Kalau sabelum ini kita risau samada Pak Lah akan berundur atau tidak, atau samada Anwar dapat memegang tampuk pemerintahan atau tidak, sekarang kita risau samada pertumpahan darah akan berlaku atau tidak.

Munkin kalau hanya faktor Pak Lah/Anwar sahaja munkin tidak akan menghasilkan pertimpahan darah, tetapi provokasi kerajaan Pak Lah dengan mengunakan ISA terhadap pengkritiknya akan menyebabkan kebangkitan rakyat. Apatah lagi dengan alasan ISA yang semacam dangkal yang senang di patahkan oleh Lim Kit Siang – manakan munkin ISA di gunakan konon untuk menyelamatkan wartawan akhbar dek ada ancaman terhadap nyawanya. Kan polis ada dan kan memang itu tugas polis, kenapa perlu guna ISA. Sekali lagi rakyat di perbodohkan, dan pasti ISA yang akan datang di tentang walau apa alasan yang di berikan.

Jam 2.56 pagi Selasa dan munkin Zaid Ibrahim sedang lena tidur dengan clear conscience bahawa sebagai peguam beliau menentang pengunaan ISA sawenang-wenangnya. Yang tak lenyak tidur munkin Syed Hamid Albar yang munkin kehilangan jawatan menteri akibat pengunaan ISA yang terbaru, apa lagi apabila beliau di tentang oleh Daeng Malik di bahagian Kota Tinggi, yang dengar ceritanya bukan mahukan apa-apa jawatan kabinet, cuma di minta oleh bahagian dan cawangan Kota Tinggi untuk menjatuhkan Syed Hamid yang kurang peka kapada rakyat Kota Tinggi berpunca dengan kegagalannya untuk turun padang sewaktu banjir yang lalu. Sudah jatuh di timpa tangga arab dogol besan Bahari Harun ni.

Jam 3.04 pagi dan pramugari mula mengedarkan sarapan, jadi kena off laptop ini.

Jam 4 pagi Selasa waktu Malaysia, 11 malam Isnin waktu Arab Saudi pesawat mendarat di Riyadh, kami di minta meninggalkan pesawat dan transit di lapanganterbang Riyadh selama 1 jam. Pun birokrasinya lain, kami diminta menunjukkan paspot dan borang ketibaan, di cop di passport dan borang ketibaan yang di bekalkan oleh Tiram Travel dan menunggu di Gate 23. Kan baik kami di biarkan didalam pesawat atau transit tanpa melalui 2 penunggu, satu menyerahkan transit pass dan satu lagi menyemak paspot.

Mail Badak kena turun ke imigeresen di aras bawah dahulu, entah untuk apa sabelum di benarkan ke tansit lounge. Munkin dia travel sendiri tanpa melalui ajen macam kita, kata Pip. Dengar cerita ada pula yang problem di imigeresen penunggu kedua tadi, jadi panjang lah barisan di situ. Kalau duduk diam di dalam pesawat kan tiada masaalah.

Apa pun ini peluang kami melihat lapanganterbang Riyadh, lebih besar lebih tinggi silingnya dan lebih canggih dari lapanganterbang Jeddah. Ada pancutan air besar dan tinggi di tengah-tengah, ada pokok di keliling pancutan air tadi.

Pesawat delay sadikit tetapi mendarat di Jeddah jam 2 pagi waktu Saudi. Mulai sekarang dah boleh tukar jam kapada waktu Saudi. Urusan imigeresen juga cepat kerana passport kami telah di periksa di Riyadh tadi. Bagasi di ambil dengan mudah dan di sorong di dalam troli menuju ke bas melalui satu bangunan parking, bahangnya saperti di dalam ketuhar.

Bas bergerak menuju Madinah 400 kilomater jauhnya, berhenti sahur dan solat subuh di sabuah masjid yang kecil dengan tandas yang standardnya saperti tandas-tandas arab di sepanjang perjalanan. Kami di bekalkan dengan makanan paket berupa nasi dan ayam, sedap, dalam keadaan makan di tangga masjid sambil menunggu azan solat subuh. GMC (4 wheel drive, American made) dah lama menunggu, kata pemandunya dia tak tahu pesawat transit di Riyadh, tu yang lama menunggu di situ.

Kami tiba di Madinah jam 9.30 pagi hari Selasa 16 September 2008 terus check in di Hotel Mawardah, terletak belakang kanan Masjid Nabawi sabelah Elaf Tower yang ada shopping centre yang moden dan hotel mewah, nampak Tabung Haji menempatkan jemaahnya di hotel ini. Kami mendapat kunci (kad) bilik nombor 419, berehat sabentar salepas unpacking samentara menunggu solat zohor di Masjid Nabawi. Hotel moden dan sangat selesa.

Kami tidak berehat lama, maklum dah banyak tidur di dalam bas tadi, so terus keluar hotel, pastikan bearing kedudukan hotel dari masjid supaya senang nak balik hotel salepas solat zohor nanti. Semasa memasuki Masjid Nabawi, aku terus ke depan masjid, nampak kawasan Raudah di tutup dengan kanvas putih satinggi 3 kaki, tahulah aku itu untuk muslimah (jemaah wanita) menziarahi Raudah. Tak berapa lama berdiri, kanvas di buka maka meluru jemaah mencari tempat masing-masing di Raudah. Aku dapat tempat barisan 10 dari depan, dan 12 jemaah kanan dari Makam Rasulullah.

Puas rasanya, aku berdoa di Raudah segala yang teringat, dari kesejahteraan keluarga, abah dan mak di doakan di beri segala kesihatan di sembuhkan penyakit mereka dan jangan mereka di biarkan menderita kesakitan dan di ampunkan dosa-dosa mereka, juga bisnes, juga kawan-kawan, juga mendoakan hajat staff khasnya yang nak cahayamata. Menurut hadis Rasulullah SAW, Raudah merupakan “Kawasan yang terletak di antara rumahku dengan mimbarku adalah sabuah taman dari beberapa taman di syurga dan mimbarku terletak diatas kolamku”.
Lihat sahaja sebahagian doa yang di baca di Raudah. “Ya Allah Ya Tuhanku, aku memohon ilmu yang berguna, hati yang sentiasa khusyuk, lidah yang basah selalu menyebut nama Mu, limpah kurnia, rezeki yang halal dan baik, amalan salih yang diterima serta perniagaan yang tidak rugi.”
Bait ini aku ulang berkali-kali, semasa di Raudah, bila-bila masa aku di dalam Masjid Nabawi sabelum dan salepas solat waktu dan semasa ziarah wada’. Semacam bait ini pokok atau kunci kapada semua doa yang perlu dipohon bila berada mengerjakan ibadah Umrah. Aku yakin lepas ni doa ini akan aku amalkan untuk di baca satiap ketika walaupun telah berada di Malaysia, takkan doa sabegini bagus hanya terhad di Madinah sahaja.

Aku cuba banyakkan solat-solat sunat dan solat waktu di buat di Masjid Nabawi maklum menurut hadis, solat di Masjid Nabawi mendapat ganjaran 1,000 kali ganda berbanding tempat-tempat lain. Solat di Majidilharam akan mendapat ganjaran 100,000 kali ganda berbanding dengan tempat-tempat lain.

Sabelah malam aku tertidor sejak lepas zohor di masjid Nabawi sampai jam 7.30 terbabas asar, buka puasa di Masjid Nabawi dan solat maghrib. Apa lagi solat maghrib di bilik hotel dan qada’ asar. Solat isyak di Masjid Nabawi. Malam tu kami pusing di kedai-kedai belakang hotel kami mencari kebab, dapat kebab ayam dan kambing. Kedai-kedai buruk boleh di katakan sudah tiada di ganti dengan kedai-kedai dan bangunan dan hotel-hotel moden. Rasa “miss” juga kedai-kedai lama dengan beryani, ayam golek, teh susu dan kebab yang tradisional. Lepas makan sambil berdiri di tepi jalan dengan teh susu lipton, kami jumpa pula restoran nasi beryani. Beli satu nasi beryani ayam harga SR 12 (dua belas riyal), kami makan berdua di bilik hotel pun tak habis.

Semasa di dalam Masjid Nabawi sambil menunggu solat waktu, kadang-kadang kita tak tahu nak buat apa. Orang Arab mengaji al Quran. Itu sabenarnya bukan budaya kita, nak mengaji macam orang Arab takut bacaannya salah, berdosa besar, dah tu kita tidak tahu langsung makna bacaan kita itu. Aku membawa bersama aku satu buku kecil bertajuk Amalan Surah Pilihan yang di beli Pip di Johor Bahru yang mana aku bertekad nak baca dengan lancar surah-surah di dalamnya dan memahami makna dan fadilat serta menafaat surah-surah itu. Banyak surah-surah mudah yang kita baca acapkali sejak kecil tanpa memahami maksud dan fadhilatnya.

Surah al Fatihah misalnya adalah surah yang merupakan ubat bagi segala penyakit, itu hadis Nabi Muhammad SAW. Apabila di baca ia menghindarkan hamba allah itu daripada gangguan syaitan dan manusia lain.

Begitu juga ayat 1 hingga ayat 5 Surah Al Baqarah, bila di baca rumah pembacanya tidak akan dimasukki syaitan, dan pembacanya di limpahi berkat. Bagi satengah=satengah orang di perturunkannya dalam tulisan rumi :-
Bismillah hirroh maa nirrahim
Alif laam mim,
zaalikal kita rol bafi hi hudallil mutaqiin,
allazii na yuk minu nabil khoi bi yaki nu nassalaa tawamimma razaqq na hum yum fiquun,
wallazii na yu’ minuu nabi ma ‘ul zila ikai kawami un zila min qoblik, wabil aa khira tihum yaa kinuun,
ulaa ika ‘ala hudam mirobbihim, wa ulaa ika humul muf lihuun.
Ayat Kursi :-
Bismillah hirroh maa nirrahim
Allah hu laa ila haillaa hual khoi yul qoyyum,
Laa ta’ khuzuhu si na tuu wala na ‘um
Lahu maa fissa maa waa ti wal arg
Man zal lazi yash fa’u in dahuu illaa bi iz nih
Ya’ la mu ma bai na ai dii him
Wama khol fahum
Walaa yu khii thu na bishai in min il mih
Illa bi ma shaa wa si ‘akur si yu khus sama waa ti wal arg
Walaa ya ‘uu thu hu khif zu hu maa
Wa hu wal ‘ali yul ‘azim.
adalah penghulu segala ayat al Quran, bila di baca, segala syaitan akan lari bertempiaran dari rumah pembacanya. Begitu juga diri dan keturunan pembacanya akan di pelihara oleh Allah Subhanahuwataala.

Surah al Ikhlas sama dengan 1/3 al Quran, member ketenteraman jiwa, oleh itu kalau resah bacalah Qul Huwallah hu ahad. Manakala pembacanya akan di hindarkan dari kemiskinan dan kekufuran. Malah surah al Ikhlas ini jika di baca pagi dan petang dengan surah Qul a’u zubirabbil falaq dan Surah Qul a’u zubirabbinnas 3 kali, bacaan itu akan mencukupi pembacanya di dalam segala sesuatu.

Apa yang aku buat hanya membacanya dengan bacaan yang betul, nak membetulkan bacaannya dan betul-betul faham akan maksud dan fadhilatnya. Tak nak lagi membaca setakat membaca saperti sabelum ini. Dan membaca surah-surah pun hanya di dalam solat. Kenapa tidak di jadikan amalan di mana sahaja khasnya bila bersendirian. Insyaallah.

Hari Rabu kami di bawa menziarahi luar Madinah mulai jam 7 pagi, bermula dengan Masjid Quba’. Menurut hadis, jika kita mengambil wudu’ di rumah atau bilik hotel dan terus solat sunat 2 rakaat di masjid pertama di bina Rasulullah SAW itu, kita akan mendapat satu pahala umrah. Pip ingatkan aku supaya mandi sunat dulu kerana ia sebahagian dari keperluan untuk mendapat satu pahala umrah. Aku kata tak payah mandi sunat, aku tunjukkan dia kitab, rupanya dia confuse dengan mandi sunat ihram untuk berumrah semasa nak bertolak dari Madinah ke Mekkah.

Masjid Quba’ juga banyak berubah. Dulu di tepi parit kering sabelah kiri masjid tiada bangunan hanya orang-orang menjual korma, tasbih, hati unta dan lain-lain souvenir, sekarang di situ dan di depan masjid juga dah ada bangunan kedai, ada sabuah kedai tu siap dengan papan rentang “Di sini menjual berbagai jenis kurma”.

Lepas itu kami di bawa melawat Jabal Thur di mana peperangan Uhud berlaku, sebagai membalas dendam di atas kekalahan tentera Islam di peperangan Badar. Di alam peperangan inilah Rasulullah SAW cedera dan bapa saudara Baginda Saidina Hamzah gugur.

Kemudian kami di bawa melawat Masjid Qiblatin, di mana Rasulullah mendapat wahyu untuk mengalihkan kiblat daripada menghadap Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram. Ini salepas Rasulullah di ketawakan oleh orang-orang Mushrikin Yahudi kerana orang-orang Islam ketika itu juga mengadap Masjidil Aqsa bila bersolat sama saperti mereka.

Kami tidak di bawa melawat Masjid Tujuh, juga tidak ke Pasar Korma tetapi kami di bawa ke ladang kurma dan di situ jemaah membeli segala jenis korma.

Balik jam 11 pagi. Acara petang adalah acara bebas. Petang itu jam 5.30 aku nak masuk Masjid Nabawi, saperti yang di jangka ada sahaja tangan yang menarik aku berbuka puasa di tempat yang telah di sponsornya. Macam biasa hidanganya adalah roti saparuh bulatan, air zamzam, air halia 2 jenis, susu laban dengan serbuk kari. Cepat sahaja di kemaskan dan terus solat maghrib. Betul-betul pak arab ni nak mengambil kesempatan mendapat pahala memberi makan oarng berpuasa.

Balik ke hotel makanan sudah sedia, daging masak cili merah, ketam masak lemak sayur-sayur dan pemanis mulut. Lepas itu masuk semula ke Masjid Nabawi untuk solat isya’ dan solat terawih. Mendayu-dayu imam membaca surah malam itu, jangan di tanya aku ikut sampai rakaat ke berapa. Aku balik tidur dan bangun jam 3 pagi, sahur juice buah dan korma basah di bilik hotel sahaja. Aku masuk semula ke masjid jam 4 pagi, terasa pula nak solat di luar perkarangan masjid untuk merasa angin pagi Madinah, di dalam masjid berhawa dingin.

Lepas solat subuh aku masuk melalui pintu Babus Salam yang jalannya di buat sehala kanan ke kiri masjid melalui di hadapan Raudah dan dan di hadapan makam2 Rasulullah SAW, makam Saidina Abu Bakar RA dan Makam Saidina Omar RA, berdoa yang lazim di buat serta doa selamat tinggal untuk ziarah wada’.

Lepas ziarah wada’, aku pusing balik ke kanan depan Masjid Nabawi untuk berjalan balik ke hotel. Di perkarangan penjuru kanan masjid, telah di dirikan banyak tiang-tiang tinggi yang cantik bentuknya, ia bukan setakat tiang tetapi di atasnya boleh mengeluarkan bumbung kemah yang bila di buka akan bercantum di antara satu sama lain. Sabelum ini tiang dan bumbung mengembang serupa ini memang ada di kawasan lapang di dalam Masjid Nabawi, sekarang di dirikan di perkarangan masjid. Cantik dan very functional.

Solat zohor jam 12.30 tengahhari, sabelum turun ke masjid aku mandi sunat ihram dan ambil wuduk sabelum bertolak ke Mekkah.

Kami kemudian bawa turun 2 bagasi kami dan memasukkan sendiri ke setor hotel Mawaddah itu, lepas itu baru masuk masjid. Bas datang sabelum jam 2 petang, kami tarik sendiri bagasi untuk di masukkan ke perut bas. Bas bertolak dan berhenti di Bir Ali di mana kami solat asar, solat sunat ihram dan berniat umrah.

Bas bertolak lepas sikit jam 4, berbuka puasa jam 6.21 di dalam bas dengan makan nasi lauk daging macam masak rendang, ikan goring macam fillet o fish. Kami berhenti sakejap untuk solat maghrib dan isya’ jama’ ta’dim di sabuah masjid kecil di tepi jalan.

Solat jamak takdim adalah solat zohor yang di himpunkan dengan solat asar dan di buat semasa waktu zohor. Atau solat maghrib di himpunkan dengan solat isya’ di buat pada waktu maghrib.
Solat jamak tak khir adalah solat zohor yang di himpunkan dengan solat asar dan di lakukan pada waktu solat asar. Atau solat maghrib di himpunkan dengan solat isya dan di lakukan pada waktu solat isya’.

Tiba di Makkah tepat jam 10 malam, banyak jalan di tutup. Bas berhenti tidak jauh dari hotel, kami bersama-sama mengangkat bagasi dan dapat kunci bilik masing jam 11.20 malam.
Dapat sms Alif, Paklah menolak surat perletakan jawatan Zaid Ibrahim, minta dia cuti dan melantik Najib sebagai Menteri Kewangan dan Paklah sendiri pegang Defence, agaknya dia takut Najib guna army untuk kudita ke ? Patut Najib terasa saolah-olah Paklah sangsi terhadap kejujuran dia. Alif sms lagi, Anwar nak jumpa Paklah untuk buat sidang khas Parlimen untuk undi tidak percaya terhadapnya bila lebih 30 orang MP dari BN dah lompat parti tapi Paklah tak mahu jumpa Anwar. Anwar kata dia akan tulis surat kapada Paklah sabelum 23 September 2008. Kecoh politik Malaysia, kacau bilau Melayu – mana tak mereka ambil kesempatan minta itu ini. Kalau nak baca pemikiran politik aku dan cerita-cerita lain mengenai abah yang sakit tu, pergi ke alizaitun@blogspot.com. Sila lah bagi komen mengenai apa-apa di dalamnya.

Tawaf dan sa’ie di buat bersama-sama jam 12.30 malam di pimpin oleh Ustaz Bakar, tetapi dek ramai jemaah hanya beberapa kerat sahaja yang mengakhiri tawaf bersama-sama dengannya. Selesai tawaf 7 pusingan, aku buat solat sunat tawaf sambil berdoa tawaf :
“Ya Allah! Sesunggohnya Engkau mengetahui apa yang menjadi rahsiaku dan apa yang nyata padaku, maka terimalah keuzuranku dan Engkau yang maha mengetahui segala hajat-hajatku, maka berilah jawapan permintaanku. Engkau yang mengetahui segala yang ada di dalam jiwaku, maka ampunkanlah dosaku.”

Doa salepas solat sunat tawaf ini boleh di kira catch all doa, maka mana-mana hajat yang terlepas untuk di lafaskan di Raudah dan di Multazam, boleh di ucapkan masa doa salepas solat sunat tawaf ini. Lepas itu sepatutnya minum air zamzam, bukan hanya kerana airnya yang sejuk dan sedap tetapi kerana doa ketika meminumnya :

“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ya Allah! Sesunggohnya aku memohon kapada Mu ilmu yang manafaat, rezeki yang luas dan penawar bagi segala penyakit.”

Malangnya dek ramai jemaah aku tak nampak tong-tong air zamzam dekat Multazam itu. Apa pun aku tetap baca doa ini semasa minum air zamzam walau di mana berada, bagus dan menusuk kalbu betul doa itu.

Aku mula menaiki bukit Safa untuk memulakan sa’ie. Memang kami bertekad tak nak jalankaki untuk sa’ie, nak gunakan push chair juga nak bersedekah kapada pekerja-pekerja tolak kerusi roda yang menjerit-jerit menarik pelanggan. Aku mendekati kerusi roda untuk kami berdua, jenis kerusi roda modified dari push chair bayi dengan kusyen tebal nakkan SR 100 saorang. Kalau jalankaki agal jauh dan penat, 450 meter satu hala kali 7.

Masa di sorong aku tunduk membaca doa sa’ie dari sa’ie pertama ke sa’ie ke tujuh. Khusyuk maalum tak penat dan tak payah tengok laluan atau kemunkinan melanggar jemaah lain. Siap sa’ie dan sesudah membayar fee pengangkutan tadi, kami potong 3 helai rambut dan kami di kira telah tahlul. Ada orang faham tahlul sebagai memotong 3 helai rambut, tetapi tahlul sabenarnya berarti telah melakukan rukun umrah sahingga memotong 3 helai rambut dengan doa semoga tiap-tiap helai rambut itu akan menjadi cahaya bagi kita di akhirat nanti.

Tahlul selesai jam 3 pagi, dan saperti umrah-umrah yang lalu, aku pergi ke kedai gunting di deretan kedai-kedai gunting yang di sediakan dan aku minta di botakkan dengan bayaran SR15, 4 tahun dahulu cuma SR10. Di cukur licin dengan harapan membuang semua dosa yang ada dan membuka buku baru apabila balik nanti, insyaallah.

Kedai gunting lama sedang di robohkan, deretan kedai gunting sekarang lebih sistematik dan selesa bercermin keliling, tak kurang 12 kedai gunting di komplek gunting sabelah kanan dari Bukit Marwah.

Sahur salepas itu, makanan Malaysia tetapi petugas nampak semua jiran seberang, tak apalah asal makanan sedap, mereka pun nak mencari rezeki halal. Balik ke bilik terus tertidor hingga jam 6 pagi terbabas solat subuh di Masjid Masjidilharam, jadi solat subuh di bilik sahaja.

Azan solat jumaat jam 12.16 tengahhari, aku dah tahu sure ramai orang, aku keluar bilik jam 11 pagi dan masuk masjid melalui pintu di Marwah, naik escalator entah ke tingkat 2 atau rooftop, mulanya aku tak pasti. Di escalator aku dah sampai aras rehat bila di pangkal escalator saorang perempuan sekitar 45 tahun terjatuh beberapa mata tangga escalator tu, terselipuh diatas tangga escalator samentara beberapa orang lelaki menolong mengangkatnya semasa escalator tu masih berjalan. Agak susah jadi dibiarkan dia duduk di atas tangga escalator dalam keadaan yang kurang selesa sahingga ke aras rehat dimana aku berada.

Aku menolongnya bangun dengan memegang tangan dan badannya, maklum aku masih dalam wudu’, apabila dia telah satengah bangun dia memberi isyarat dia dah ok, entah macam mana dia terselipuh balik, aku tolong bangunkan lagi dengan beberapa orang lelaki lain hingga dia bangun betul, Masa itu dua lelaki datang membawa dua tongkat untuk perempuan itu, baru aku tahu dia OKU dan dia jatuh tadi masa naik escalator saorang diri dengan tongkatnya tanpa bantuan teman-temannya.

Agaknya tadi, kalau aku tersentuh perempuan itu dalam usaha membantunya, adakah wudu’ aku terbatal dan aku perlu ambil wudu’ lagi ? Kalau masa tawaf kita tersentuh perempuan, ada mazhab kata tak batal wudu’ kita kalau kita ambil wudu’ dengan cara mazhab tu iaitu dengan tambahan menyapukan air ke seluruh kepala kita, bukan hanya di hujung jambul sahaja. Itu tawaf, tersentuh tak sengaja, ini memang sengaja pegang walau pun dengan niat sebab nak menolongnya.

Naik escalator yang satu lagi naik ke atas, aku berdiri di belakangnya, kalau-kalau dia jatuh lagi aku boleh tolong. Nampaknya dia ok hingga ke aras atas, rupanya itu aras rooftop. Kini dah berbumbung tempat sa’ie di aras rooftop itu. Aku berjalan ke hujung dari Marwah ke Safa sambil membaca yaasin, Alif kata abah minta anak-anak baca yaasin 3 kali sebab abah dah pulih dari being unconscious dan sahingga staff nurse Wong pakaikan tube dan drip. Di Safa aku baca satu kali lagi sambil berdiri mengadap Ka’bah. Lepas tu aku pergi spectators gallery tanpa bumbung di mana kita boleh melihat jemaah bertawaf dengan jelas, aku baca yaasin kali ketiga dan solat sunat syukur sebab abah dan sihat.

Cuaca agak panas melebihi 40 darjah selsius, aku dapat duduk kejap di antara tiang lampu dengan railing paling depan, redup sikit betul-betul mengadap Hajarulaswad, aku kira di lokai tu pun di kira Multazam. Suasana yang hening, aku saorang diri di situ mengadap antara tempat yang paling mustajab untuk di kurniakan semua permintaan dan doa.
“Ya Allah, janganlah engkau biarkan kami di tempat yang mulia ini di dalam keadaan berdosa melainkan Engkau ampunkan. Janganlah biarkan kesedihan kami melainkan Engkau telah melepaskannya dari kami, tiadalah hajat yang kami pohon melainkan Engkau yang telah tunaikan hajat kami, mudahkan lah segala urusan kami, lapangkanlah dada kami, terangkanlah hati kami dan sudahilah segala amalan kami dengan balasan kebaikan.”

Aku turun semula ke Aras Satu juga mengadap Hajarulaswad, ada kipas tapi tak ada aircond, mengikut hadis “Multazam adalah satu tempat yang dikabulkan doa, tidak ada seseorang pun yang berdoa di situ kecuali Allah makbulkan doanya”.

Aku duduk dengan selesa mengadap Hajarulaswad sambil solat sunat syukur, solat sunat taubat dan solat sunat hajat. Sambil menunggu azan Jumaat, aku cuba hafal 2 ayat terakhir Surah Al-Baqarah, ayat yang di turunkan untuk di khatamkan apabila Allah menjadikan langit dan bumi, ayat sebagai pendinding dan menjauhkan gangguan syaitan, “Bismillah..... Lillahhimaafis samawatiwalarq’......fansurna alal qaumuil kaafirin.”

Dulu aku tak berapa pandai membaca al-Quraan, hasil dari mengikuti acara membudayakan Quran di Masjid Jamek Bandar Baru Uda satiap pagi, Alhamdulillah, sekarang seronok pula dapat membaca Al Quran tapi tak lah lancar sangat macam Imam membaca tapi tidak lah memalukan.

Azan Jumaat jam 12.16 tengahhari, khutbah bahasa Arab tidak sampai 30 minit, surah solat Jumaat juga ringkas. Selesai solat Jumaat jemaah berpusu-pusu keluar ikut banyak jalan keluar, di escalator yang sama aku naik tadi, agak sesak, bertolak-tolak, yang aku risau kalau ada gaduh sesama mereka. Balik bilik rehat samentara menunggu solat asar.

Berbuka puasa jam 6.20 petang, jam 5.30 aku dah keluar. Mak datuk, saratus meter dari Masjidilharam, jemaah telah mula beratur dengan karpet masing-masing diasingkan lelaki dan perempuan. Aku mula fikir nak masuk masjid tapi bila fikir sesak masa keluar dan masa makan pendek sabelum solat isya’, aku buat keputusan berbuka di luar bangunan masjid saja.

Saperti di Masjid Nabawi di Madinah, petugas sponsor turut menarik tangan aku untuk berbuka di ruangannya. Aku di minta duduk dicelah-celah ruangan tajaannya. Jam 6 petang air zamzam mula di hidangkan, lepas tu satiap orang diberikan sabuah kotak, di dalamnya ada air mineral botol kecil, air oren satu kotak, korma, biskut dan kek.

Aku bawa kurma basah yang sejok, aku offer kat jiran-jiran sabelah. Orang Arab ni kita offer dia, ingatkan dia ambil satu, nah satu genggam dicekutnya, 5 cekut aje habis korma basah yang aku beli SR10 dan tak habis makan di Madinah sabelum tu. Tapi puas aku dapat memberi makan orang berpuasa, besar ganjarannya, insyaallah.

Pip bagi aku RM50 ada orang kirim dia untuk di sedekahkan di Mekkah. Nak bagi kat orangramai, padah nanti bila kita di kerumuni. Di sini jangan berani-berani bagi sedekah wang atau barang makanan di khalayak ramai yakni di perkarangan kawasan masjid, kita akan dikerumuni oleh berpuluh-puluh jemaah khasnya wanita untuk merebut apa yang kita sedekahkan. Pernah sakali di Mekkah ku beli roti macam roti hot dog dua plastic besar, tiap satu mengandungi 20 batang roti. Bila aku bika dan hulurkan kapada muslimah di luar kawasan masjid, berpuluh0-puluh yang berebut, sampai semput aku di buatnya dan comot baju aku dek rempuhan mereka berebut-rebut roti tersebut.

Aku cadang besok nak beli 5 kotak kurma basah sejuk dan sedekahkan masa berbuka puasa esok, insyaallah. Nampaknya orang Arab lebih gemar kurma basah sejok daripada kurma kering yang banyak di sedekahkan oleh berpuluh dermawan di tepi-tepi jalan.

Mekkah ni istimewa sunggoh. Aku yakin kejayaan aku selama ini hasil dari doa dan ibadat di Mekkah dan Madinah beberapa kali aku pergi sabelum dan salepas mengerjakan haji tahun 1995 dahulu. Banyak sunggoh kejayaan aku, salepas mengerjakan ibadah Umrah aku ajdi yakin dengan apa yang aku buat dan akhirnya berjaya, munkin kerana doa, munkin kerana keyakinan hasil dari doa, hanya Allah sahaja yang tahu. Apa pun Alhamdulillah, kena ingat untuk banyak bersedekah dan berzakat, its payback time. Kalau lokek bersedekah berarti kita tidak mensyukuri nikmatnya, takut di ambil semula segala nikmat yang di berikan, baru padan muka.

Mula-aku aku pergi Umrah dulu pun ikut-ikut orang, masa tu tahun 1993 atau 1994 beberapa tahun salepas aku mula practice law. Masa tu Umrah tu aku kira baik sikit dari pergi holiday sebab ada ziarah makam Rasulullah dan tawaf keliling Ka’bah. Itu dulu, dulu lain sekarang lain kata Tan Sri S.M.Salim.

Solat terawih di Masjidilharam juga sperti Masjid Nabawi Madinah, imam membaca al Quran, satu juzuk satu malam. Terawih mula salepas solat isya’ dan selesai dengan solat witir 3 rakaat jam 11 malam. Antara ayat-ayat suci yang di baca, imam akan teresak-esak menangis, maklum imam faham maksud ayat-ayat tersebut. Begitu juga makmum di kiri kanan kita akan turut teresak-esak di kala itu. Kita yang tak faham maksud ayat itu, diam dan jeling-jeling juga Pak Arab mana yang sedang hiba itu.

Dalam keheningan jam 12 malam begini walau di luar kota Mekah masih aktif macam 12 tengahhari, aku mula flashback akan masa-masa lampau – suka dan duka khasnya sabelum dan salepas umrah yang pertama.

Mula practice 1 Mac 1989, genap 20 tahun 1 Mac 2009 akan datang ni. Bangunan Orkid Plaza dimana pejabat aku berada di sambar api sekitar tahun 1990, panik aku macam nak tutup ofis langsung, maklum segala computer dan fail-fail semua berada di ofis itu masa bangunan itu mulanya aku sangka terbakar. Masa itu pula baru beli Volvo 240, manalah tak panik, macam mana nak practice dan tampung bayaran ansuran kereta baru itu. Alhamdulillah semuanya ok, tiada satu komputer atau fail yang terbakar. Ofis berpindah ke Komtar, tinggi semangat dan tekad kami membawa semua barang untuk sambung berniaga dari sana.

Mula dengan aku sendiri sebagai peguam dengan 3 staff. Partner di Batu Pahat pula buat hal, suku juta ringgit terpaksa aku keluarkan untuk bail him out kalau tidak aku pun tak dapat teruskan practice. Salah aku cuma ambil dia sebagai partner. Masa tu aku mula beranikan diri buat Umrah, beranikan diri sebab takut nak pergi sebab banyak dosa, takut entah apa balasan Tuhan bagi bila di Mekkah. Doa paling utama masa tu adalah memohon kekuatan menghadapi masaalah partner dan hutangnya. Alhamdulillah balik Mekkah dapat projek besar, dapatlah aku bayar hutangnya.

Kalau di pandang balik, macam mana lah aku dapat duit sebanyak itu untuk cover hutang dia, tapi Alhamdulillah aku reda, itu ketentuan Dia. Partner pun dah meninggaldunia, aku pun dah halalkan walaupun aku ada judgment boleh aku enforce terhadap harta pesakanya. Munkin ini kerana doa aku di Mekkah, God works in mysterious ways.

Masa itu aku dapat projek Taman Saujana, itu bukan projek pemberian kerajaan tetapi projek daya usaha sendiri. Masa itulah datang beberapa orang anakguam yang meminta tolong menyelesaikan masaalah mereka. Mereka membeli lot-lot tanah tiap satu seluas lebihkurang 10,000 kaki persegi dengan cara perjanjian jualbeli dengan tuanpunya tanah. Tanah asal merupakan tanah satu hakmilik yang tidak dipecahbahagi, oleh itu mana munkin pindahmilik dapat di daftarkan kapada satiap pembeli yang telah membayar harga belian sebanyak RM1,700 secara ansuran dari tahun 1967.

Lebih 200 orang mendaftar dengan firma kami untuk mendaftarkan pindahmilik tanah masing-masing. Dengan bantuan kawan-kawan juruukur, kami berjaya mendaftarkan 840 hakmilik berasingan dari tanah satu hakmilik itu walau pun semuanya di daftarkan diatas nama tuanpunya tanah tersebut.

Tugasan salepas itu adalah menyediakan borang pindahmilik harta dari tuanpunya tanah kapada satiap pembeli dimana pada peringkat awal lebih 60 hakmilik dapat di daftarkan, puas hati aku ini dapat di lakukan kerana mereka telah menunggu masa yang lama dari tahun 1967 untuk melihat hakmilik tanah yang mereka beli. Aku sendiri menghantar hakmilik yang telah di daftarkan di atas nama pembeli bagi beberapa hakmilik yang pertama. Fee dari projek ini sahaja lebih dari cukup untuk membayar hutang partner aku itu.

Itu belum lagi tugasan korporat dan tugasan bank yang agak lumayan bayarannya. Masa itu juga aku berpindah ke rumah banglo yang pertama, juga membeli kereta Mercedez E Class Masterpiece.

Dapat pula sponsor Shahrul ke UK untuk pengajian 4 tahunnya di dalam bidang undang-undang. Dan, ini ramai yang tak tahu, aku decline offer scholarship dari satu badan biasiswa untuk membiayai pengajian Shahrul di UK. Aku berpendirian biasiswa hanya untuk mereka yang tidak berkemampuan. Bagi kita yang dah di kurniakan Allah berbagai nikmat, biarlah kita tanggung sendiri, kalau ambil semacam merampas hak mereka yang tidak berkemampuan. Barkat rupanya, Shahrul berjaya bukan setakat mendapat Ijazah malah berjaya meneruskan dan menamatkan pengajiann Bar-at-Law di Lincoln’s Inn yang tak ramai anak Melayu boleh lulus, apa lagi peperiksaan yang di duduki adalah sama dengan peperiksaan yang di duduki oleh pelajar UK tempatan.

Begitu juga Khairul dan Ikin, juga aku programkan untuk aku taja sendiri walu ke peringkat mana pun yang mereka sanggup belajar, Alhamdulillah Rul berjaya memperolehi Finance Degree dari UNITEN.

Moral of the story ? Bila kita di uji dengan bencana, jangan panik, cuba reda dan terus berdoa. Panik akan membuat kita bercelaru fikiran bagaimana nak menyelesaikannya kerana masa itulah perlu ketajaman fikiran untuk mencari jalan penyelesaian. Otak bercelaru akan membuat masaalah yang sedang di hadapi menjadi semakin buntu dan jalan yang salah akan memburukkan lagi keadaan.

Reda berarti kita terima ujian Nya, munkin ada hikmah sebaliknya. Masaalah itu munkin menjadikan kita lebih fokus di dalam kerja-kerja selanjutnya demi menyelesaikan masaalah yang ada, munkin kerana usaha yang gigih mencari suku juta Allah memberikan berjuta-juta. Allah memberi ujian kerana Allah sayangkan kita. Kalau orang beritahu kita perkara begini memang susah nak percaya, kenapa Allah memberikan ujian ini kapada kita tidak pada orang lain. Kalau tak diberikan ujian dan bencana itu kan bagus, tak payah nak pening-peningkan kepala menyelesaikan masaalah.

Tapi percayalah, been there done that, aku percaya sangat Ujian dan bencana menjadikan kita lebih kuat, lebih yakin, lebih fokus dan dengan fokus dan disiplin yang demikian kita akan menjadi lebih berjaya, bukan sahaja dapat menyelesaikan masaalah dan bencana, kita munkin akan lebih berjaya berbanding dengan kita sabelum Ujian dan lebih berjaya dari orang yang tiada Ujian.

Reda dan berdoa kapada Nya. Doa khasnya di tempat-tempat mustajab saperti di Raudah di Masjid Nabawi di Madinah al Munawarah dan di Multazam di Kaa’bah akan di makbulkan oleh Allah Subhanahuwata’ala. Lihat sahaja doa-doa dan hadis-hadis yang di terangkan sabelum daripada ini. Kita terima al Quraan, kita terima dan percaya hadis dan kita yakin akan keberkesanan doa di kedua-dua tempat itu. Berdoalah dengan khusyuk, yakin dan bersunggoh-sunggoh, tiada doa di Raudah dan Multazam melainkan doa yang dikabulkan. Itu janji Allah, kalau janji manusia kita boleh percaya, inikan pula janji Allah.

Dan Alhamdulillah, syukur kapada Allah yang menjadikan kita, aku berjaya menyelesaikan semua masaalah partner, dapatkan practicing certificate dan memperolehi keberkatan dari keredaan dan doa ku itu, dan Allah memberikan lebih banyak lagi untuk menggantikan wang suku juta yang hilang itu sapertimana doa di pusingan ke 4 tawaf :
“Ya Allah Ya Tuhanku! Jadikanlah aku berpuas hati dengan pemberian yang Engkau kurniakan kapadaku dan berkatkanlah apa yang Engkau anugerahkan kapadaku dan gantilah apa yang hilang dariku dengan apa yang baik dari Mu.”

Lepas umrah dan haji 1995 banyak rezeki yang mendatang, projek, tugasan bank, arahan korporat, daripada rumah teres 2 tingkat aku mula membeli banglo dan beberapa rumahkedai dan apartmen. Rezeki datang melimpah macam air terjun yang tak putus-putus mencurahkan air, bak kata saorang adik aku.

Tahun 2005 Alif berhenti PPNJ, aku tubuhkan syarikat Rancak Gemilang Sdn. Bhd. untuk partner dengan YPJ Corporation Sdn. Bhd. di dalam syarikat YPJ Palm International Sdn. Bhd., syarikat yang memasarkan CPO dan palm kernel keluaran YPJ Oil Palm Estate Sdn. Bhd. Hasilnya lumayan, Alhamdulillah. Aku tak lupakan jariah, RGSB juga di punyai sahamnya oleh Yayasan Masjid BBU, aku nak Masjid Uda menerima pendapatan berterusan selagi RGSB masih aktif berniaga.

Tahun 2006 firma berjaya mendapat kelulusan hakmilik tanah BBU di tukar kapada pegangan kekal daripada pajakan 99 tahun, satelah berusaha lebih 5 tahun. Puas rasanya hati aku, berjaya mendapat kelulusan tersebut untuk penduduk BBU yang pertama kali kelulusan seumpama itu di Malaysia, walau pun ada yang kurang senang dengannya.

Tahun 2007 menyaksikan YPJPI yang mana RGSB punyai 70% saham memperoleh lesen memproses biofuel dari CPO dan mendapat pinjaman RM72 juta untuk projek tersebut dari Bank Pembangunan Malaysia Berhad. Mac 2008 kilang mula di bina, harga CPO naik RM 4,000 sa tan, stabil RM3,600 sekitar Jun 2008, kami panik sadikit. Kilang ini akan breakeven kalau CPO dibawah RM3,000 sa tan. August 2008 menyakskan harga CPO pada harga RM2,600 sa tan, pada 25 September 2008 CPO stabil pada harga RM2,340. Kilang dah siap 40% dan dijangka siap Januari 2009 dan pengeluaran komersial Mac 2009, insyaallah.

Ya Allah, aku mohon Engkau jayakan projek biofuel YPJPI, memprosesan dan penjualannya dan jauhkan kami dari bencana serta perniagaan yang rugi. Itu doa aku satiap masa samada sabelum atau salepas solat waktu dan di dalam sujud akhir solat hajat. Maklum kami memberikan jaminan peribadi sebanyak pinjaman itu, kami mahu kejayaan yang total.

Biofuel yang bakal di keluarkan akan di ekspot, pembeli dari Geneva, Dublin, Korea, Rotterdam dan Amerika. Margin keuntungan bergantung kapada perbezaan harga biofuel dunia sekitar US$900 satu tan (FOB) di masukkan faktor kos pengeluaran sebanyak US$100 satu tan serta harga CPO berharga paling rendah US$688 (RM2270) satu tan.

Sakiranya kerajaan mengumumkan mandatory blending, dan pengekspotan biofuel di haramkan, Persatuan Pengeluar Biofuel meminta kerajaan menetapkan harga jualan biofuel kapada syarikat-syarikat petroleum di negara ini di tetapkan pada harga CPO + RM900, pun untung kasarnya tidak jauh beza dengan perkiraan kalau biofuel di ekspot.

Kalau nak tau lebih banyak maklumat lagi mengenai biofuel dan kilang yang akan siap Januari 2009 insyaallah, sila pergi ke www.ypjpi.com.my.

YPJPI berpindah ofis ke bangunan 3 tingkat di Setia Tropika 22 September 2008. Kalau sabelum ini YPJPI hanya beroperasi di Tingkat 2 tanpa bilik mesyuarat di bangunan 3 tingkat yang juga menempatkan Restoran Papa Chop Mana Grill di tingkat bawah dan tingkat 1 bangunan yang sama, kini YPJPI akan beroperasi di tingkat bawah dan tingkat satu bangunan baru, manakala tingkat 2 akan di sewakan kapada RGSB sebagai pejabat holding company.

AZBA Komtar pula akan berpindah ke Tingkat 16 City Square sabelum akhir Oktober 2008 insyaallah, satelah renovations siap. AZBA Molek akan kekal di situ buat samentara waktu, ia pun mula beroperasi Oktober 2005, tetapi munkin akan sesak satu tahun lagi kerana memang beban kerja banyak dan perlu di tambah staff dan lawyer lagi.

Proposal projek PMC Iskandar telah di majukan pada 18 September 2008. Insyaallah kami akan di shortlisted kan. Briefing salepas hari raya ni, di sahkan oleh sahabat di Iskandar melalui sms sabentar tadi. Aku gunakan UR Group Sdn. Bhd. sebagai front di bantu oleh professional lain, akitek, juruukur bahan, peguamcara (AZBA), juruukur tanah, penilai dan UR sendiri sebagai PMC. Bila berjaya dilantik sebagai PMC, UR akan serahhak kapada Newco dimana RGSB mempunyai 30% saham. Untung aku di situ sebagai peguamcara dan pemegang saham Newco melalui RGSB. Itu tak termasuk bayaran sebagai menjalankan kajian 3 bulan sabelum di lantik sebagai PMC sekitar RM300 hingga RM500 ribu.

Aku terus berusaha dan terus berdoa. Ini semua rezeki dari Allah Ta’ala dan akan di teruskan kerja-kerja oleh anak-anak dan adik beradik. Ya Allah, aku berdoa Engkau jayakan projek kami di Iskandar ini. Bila sabelah kaki dah masuk Iskandar, senang lah sabelah kaki untuk terus aktif di situ.

Masa menjadi guru samentara salepas HSC, standing dengan STPM sekarang, cuma HSC di tadbir oleh Cambridge Univerity, aku tak dapat masuk university tempatan walaupun dua scholarship menunggu aku. Aku pasrah, doa dan usaha rupanya Allah dah sediakan tempat aku di university luar negeri, dalam bidang undang-undang pulak tu.

Kapada anak-anak muda khasnya, ingat jika gagal sakali jangan terus give up, berusaha dan berdoa untuk berjaya. Dan doa dimakbulkan dengan berbagai cara. Dalam hal aku, doa aku di makbulkan melalui dorongan majisteret kawan aku, cara mendapat tempat belajar di university luar negeri melalui saorang rakan yang masa itu baru balik dari England, dan doa mendapatkan biasiswa melalui saorang rakan pegawai kerajaan negeri Johor. Dengan doa aku, semuanya di bukakan hati untuk memberi tunjuk ajar, galakan, peluang yang akhirnya menghasilkan satu tempat belajar dan satu biasiswa yang bukan kecil jumlahnya. Alhamdulillah.

Pagi tadi aku terima sms dari Dr Rosli dari UR Group Sdn Bhd mengatakan proposal untuk Iskandar telah di hantar tepat pada 18 September 2008, Alhamdulillah. Aku yang berunding dengan Dr Rosli rakan sakelas aku sejak dari Darjah Satu, aku yang melantik semua consultant dari kalangan rakan-rakan aku, bukan kroni tetapi yang aku rasa boleh dan serius buat kerja dan yang aku rasa needs the business.

Sekarang jam 6 pagi Malaysia, 1 pagi di Mekkah. Aku nak tidor sakejap. Aku dah pasang alarm jam 3.15 untuk sahur dan salepas it terus solat subuh di Masjidilharam, insyaallah.
Dapat sms Alif, abah dan mak ok, YPJPI akan pindah barang hari ini 20 September as planned and staff mula bertugas di ofis baru Isnin 22 September. Alhamdulillah. Ruang pejabat lama di BBU boleh aku sewakan furnished munkin kapada Konsortium PMC untuk projek Iskandar. Dan di ofis baru lebih selesa dan besar, bilik aku di aras bawah beserta bilik MD dan bilik conference. Tak payah naik tangga lagi. Aras 1 untuk staff lain YPJPI dan Aras 2 untuk ofis RGSB. Semuanya dah siap renovations nya.

Cadangan kami nak buat office warming, jamuan hari raya, perasmian dan doa selamat di ofis baru pada 9 Oktober iaitu pada 9 Hari Raya tapi munkin perlu di tangguhkan hingga akhir Oktober. Bercakap pasal YPJ ni aku berdoa sangat staff di YPJH boleh saling membantu dan menyokong di dalam semua hal. Mereka memegang 30% saham dalam YPJPI oleh itu mereka akan menerima 30 % dividen dari CPO dan PK marketing, dan bakal mendapat 30% dari dividen keuntungan biofuel.

Hari ini Sabtu, tumit kiri aku pecah dan sakit bila berjalan. Oleh itu aku tangguhkan umrah hari ini, kena sapu losyen tumit ni, insyaallah esok boleh pergi tana’im untuk miqad di sana dan tawaf dan sa’ie di Kaabah dan Safa dan Marwah. Tana’im bukan jauh, lebih-lebih 5 km dari hotel, 4 tahun dulu sewa teksi 30 riyal pergi balik munkin sekarang SR40.

Ikut rancangan Tiram Travel hari ini ziarah mekkah, bermula dengan Gua Thur, Gua Hiraq, Mina, Arafah dan miqat di Ja’ranah sabelum melakukan Umrah di Masjidilharam, tapi di tangguhkan ke hari Isnin 22 September, entah apa sebabnya kurang jelas. Aku tahu hal ini masa sahur jam 4 pagi tadi, mentally dah ready nak lihat Ja’ranah yang dahulunya da’if tandasnya, masjidnya pula ala kadar.

Sekarang jam 9 pagi waktu Saudi, nak buat umrah aku mengantuk sikit kerana malam tadi tidur jam 1 pagi dan bangun sahur jam 4 pagi. Kalau pergi ziarah Mekkah, boleh cover tidor dalam bas. Pun kalau buat umrah, munkin tawaf akan di lakukan semasa matahari sedang atas kepala, sa’ie juga akan terganggu bila sampai solat zohor jam 12.16 nanti. Sa’ie tak apa sebab kita berjalan dari Bukit Safa ke Bukit Marwah sejauh 450 meter dibawah bumbung dan tak kena panas matahari.

Balik tadi dari solat subuh aku di ajukan soalan dari 2 orang jemaah “tak buat umrah hari ni?”. Itu soalan yang aku tak berapa suka dengar. Bukan apa, aku percaya bukan berapa kali umrah yang penting, melainkan nak beritahu dunia kita buat umrah 2 kali sahari semasa di Mekkah tetapi yang lebih penting adalah penghayatan serta keinsafan tentang keampunan yang di minta dengan Allah serta perjanjian kita bahawa kita tidak akan mengulangi dosa-dosa itu. Macam memperbaharui tekad. Malah kalau setakat nak beritahu berapa kali kita buat Umrah, bukan pahala tetapi dosa yang kita akan dapat kerana riak. Daripada mendapat dosa baiklah aku duduk depan kaabah dan tenung saja kaabah, dah dapat pahala.

Samentara menunggu solat zohor, fikiran aku melayang akan masa depan perniagaan aku. Shahrul akan malah telah aku tugaskan untuk mentadbir legal practice, sejak 2008 pun dia dah mentadbir dan terbukti kemampuannya. Ada kalanya dia lebih cool dari aku dengan hasil yang memuaskan.

Khairul akan memegang saham RGSB apabila aku pergi buat selama-lamanya bagi pihak semua anak-anak yang lain, banyak tanggungjawabnya termasuk mentadbir CPO dan PK marketing apabila perniagaan itu di asingkan kapada sabuah Newco lain sekitar Mac 2009. Apabila biofuel mula di hasilkan oleh YPJPI Alif akan mentadbir kilang biofuel manakala Khairul akan mentadbir PI Biofuel Trading Sdn. Bhd., syarikat baru 100% kepunyaan YPJPI. PIBT akan menjualkan biofuel bagi pihak YPJPI supaya YPJPI tidak perlu berhadapan dengan pembeli biofuel. Nampaknya Khairul akan mentadbir dua syarikat. Bila Ikin habis degreenya Ikin akan mentadbir Newco.

Perniagaan projek Iskandar akan ku fikirkan bila kontrek PMC di anugerahkan. Apa pun diperingkat awal, jika Konsortium di kurniakan kontrek untuk membuat kajian 3 bulan, aku akan mentadbirnya sendiri dan kalau kami di lantik sebagai PMC, PMC yang akan di punyai 30% oleh RGSB akan diterajui oleh aku sendiri di peringkat pengurusan PMC tetapi aku perlukan saorang dari RGSB untuk membuat kerja harian membantu staff pinjaman dari UR Group dalam co-ordinating kerja-kerja consultant lain.

Munkin Asri sebab dia pernah menjadi Sales Manager pemaju perumahan, kira ada kaitan dengan projek Iskandar ini, munkin Shahrul boleh aku lantik sebagai lembaga pengarah PMC dan membantu tugasan ini, dari mula aku dah melibatkan dia itu pun kalau dia boleh dapat LA baru untuk buat drafting di AZBA City Square. Apa lagi projek ini memberi sumbangan untuk AZBA CS serta pulangan dividen dari syarikat usahasama PMC yang bakal di tubuhkan sekitar bulan Febuari 2009.

Kebajikan dan masadepan Farid sangat utama dalam fikiran aku. Dia OKU, perlu bimbingan sampai bila-bila. Aku percaya aku boleh harapkan Shahrul, Khairul dan Ikin untuk menjaganya bila aku tak ada nanti. Cuma di jangka pendek iaitu mulai Januari 2009 aku perlu letakkan dia bekerja di mana-mana syarikat aku, munkin di AZBA atau di RGSB.

Tepat jam 11 pagi, aku perlu berkemas sebab waktu zohor masuk jam 12.16 hari ini, Sabtu 20 September 2008.

Hari ini aku dapat solat di Multazam lagi di Aras Satu, sempat aku solat taubat dan solat hajat sabelum solat sunat qobliah, solat zohor, solat jenazah dan solat sunat ba’diyah. Dalam perjalanan balik hotel, aku mencari kedai jual korma basah, dapat disabuah kedai depan Gazzaz penginapan masa Haji tahun 1995 tak jauh dari Masjid Kucing. Aku beli 6 kotak untuk sedekah waktu berbuka puasa nanti di Masjidilharam.

SMS Farid hari ini, katanya dia berbuka nasi lemak, pasti Shahrul dah bawa dia beli nasi lemak di gerai favourite dia.

Hari ini Sabtu 20 September 2008, aku berbuka puasa di perkarangan Masjidilharam saperti semalam. Tangan aku di tarik oleh petugas berjaket biru tua, dan skrip sama dengan semalam. Hari ini jemaah tak seramai semalam, aku dapat tempat yang selesa menghadap Masjidilharam.
Di sabelah kanan aku orang India berkulit lebih hitam dari orang India lain. Apabila makanan dan minuman di edarkan, aku lihat dia ni lain dari Arab lain. Apa sahaja makanan dan minuman yang sampai ke tangannya dia edarkan ke jemaah lain tanpa mengutamakan dirinya sendiri. Aku offer dia korma basah, dia cuma ambil 2 biji sahaja.
Plastic container korma aku offer kapada jemaah kiri, dia ambil sagenggam dan di hulurkan bakinya ke jemaah kirinya tanpa bekasnya balik semula kapada aku. Kesian orang depan aku beberapa kali merenung aku saolah-olah bertanya dengan matanya mengapa aku tak tawarkan kapada mereka. Berbalik kapada jemaah sabelah kiri aku, orangnya hitam legam, tapi hatinya lebih mulia dari orang Arab lain rasanya.

Jam pukul 7.30 malam, berbuka tadi jam 6.16 minit petang, Pip belum balik lagi dari masjid. Selalunya dia sampai lebih dulu dari aku, dan makan lebih awal dari aku. Munkin dia terus ke solat isya dan terawikh. Tadi pun dia keluar jam 5 petang, awal satengah jam dari aku.
Di bumi Mekkah ni orang kata banyak dugaan, dan banyak dugaan dan cubaan yang aku tempuhi selama beberapa kali Umrah yang lepas. Nak cerita pasti ramai tak percaya, aku pernah cerita kapada beberapa orang sahaja. Dugaan Umrah yang pertama adalah kerana mulut aku yang cabul, sesuatu yang berlaku kapada Pip yang tak sepatutnya berlaku kalau di kira amalan lazim. Panik juga aku, ianya berlaku di Madinah dan sampai Mekkah Pip masih tidak boleh melakukan ibadah umrah hinggalah aku menemui doctor dan akhirnya Pip boleh melakukan Umrah itu pun sakali iaitu sahari sabelum penerbangan balik.

Munkin yang paling pelik masa mengikuti rombongan umrah bersama saorang hakim Mahkamah Tinggi, Kota Baru. Dua hari sabelum penerbangan pulang aku ketawakan saorang jemaah yang tak sudah-sudah hilang selipar, aku kata aku tak pernah hilang selipar walau Umrah dekat nak selesai. Esoknya, hari terakhir aku ke Masjidilharam bersama-sama Pip, kasut kami di satukan di dalam satu uncang kain dan di simpan di tempat simpanan kasut. Keluar Masjid, kami pergi mendapatkan selipar kami, yang ada di dalam uncang itu cuma selipar Pip sahaja. Pelik tapi benar, kalau pun orang nak terambil, mengapa uncang kami yang di buka dan mengapa hanya selipar aku yang di ambil. Balasan Mekkah ?

Di Umrah yang lain, aku ke kedai pada masa Pip masih lagi di Masjidilharam. Aku beli sadikit minuman kotak dan roti, sedap Pip minum satelah penat balik dari masjid. Tak semena-mena datang saorang wanita dan 2 orang anak meminta makanan, aku belikan dan sedekahkan saekor ayam golek beserta nasi beryani. Mulanya aku nak beri mereka minuman yang aku belikan untuk Pip tadi, tapi dalam hati berkata, aah aku dah belikan ayam golek dan nasi beryani pun dah kira untung, minuman ni tak payah bagi mereka. Lepas itu aku beli sudu-sudu kecil Arab buat perhiasan dan terus balik ke hotel. Balik dari Masjid, aku offer Pip minuman kotak yang sejuk tadi, Pip kata mana ada, sudu-sudu ada lah. Hairan aku sampai hari ini, mana pergi minuman kotak tadi. Memang aku beri mereka minuman itu tapi aku lupa, atau aku tertinggal minuman itu di kedai sudu atau balasan Mekkah ?

Banyak lagi kisah benar dan pelik. Pernah sekali saorang peminta sedekah meminta sedekah sedang aku duduk khusyuk menunggu solat waktu. Mulanya aku bagi satu sapuluh riyal, terpikir entah apa yang budak ni nak buat dengan duit sebanyak itu, lalu aku kurangkan kapada satu riyal. Fikir punya fikir aku langsung tak beri. Petang itu aku pergi tukar RM 500 wang Malaysia kapada Riyal, Arab itu berkeras bahawa dia cuma menerima RM400 saja dari aku. Aku silap atau balasan ? Kalau balasan, inilah yang di katakan balasan perbuatan di Mekkah di bayar di Mekkah juga tak payah tunggu di akhirat.

Sambil menunggu waktu berbuka puasa tadi, aku cuba mendalami Ayat Kursi, aku hafal ayat Penghulu kapada semua ayat Al Quran itu. Makna dan fadhilatnya aku tahu hanya hari ini. Sekarang aku benar-benar yakin bahawa jika nak di jaga diri, keluarga dan rumah, bacalah ayat kursi. Syaitan pun boleh di halau dengan membaca ayat kursi ini.

Ayat seterusnya adalah dua ayat terakhir Surah Al Baqarah, ayat yang selalu di baca di dalam tahlil. Kalau kita mahu di hindarkan dan di pelihara dari bencana, bacalah 2 ayat ini yang bermula dengan “Bismillah....Lillahima fissamawaa tiwal argh.....”. Bait akhir yang perlu di ingat adalah :
“Wahai Tuhan pemelihara kami, janganlah Engkau pikul keatas kami tanggungjawab yang berat sebagaimana yang Engkau telah pikulkan ke atas mereka yang sabelum kami. Wahai Tuhan pemelihara kami, janganlah Engkau pikulkan ke atas kami apa-apa yang kami tiada kesanggupan dengannya, dan maafkanlah kami, dan ampunilah kami dan kasihanilah kami, Engkaulah pemimpin kami, maka bantulah kami melawan orang-orang kafir.”

Malam ini kami di beritahu solat malam atau qiamulail bermula jam 12.30 pagi, lama solatnya kata Ustaz Bakar. Pip balik bilik jam 11 malam, tak sampai hati nak kejutkan dia jam 12 untuk pergi qiamulail. Bangun jam 3 pagi, makan sahur di tingkat 6, blik ambil wuduk di bilik dan terus ke masjid. Masuk masjid jam 4 pagi melalui pintu Marwah di tingkat bawah, orang ramai bersesak-sesak antara yang baru masuk masjid untuk menuju tempat solat dengan orang yang sedang membuat sa’ie. Sakit dada sikit menahan himpitan orang ramai ini.

Alhamdulillah aku dapat tempat solat di kawasan tawaf yang tidak berbumbung bertentang dengan pintu Ka’bah, aku bentang sejadah dan aku mulakan solat sunat tahyatulmasjid, terus qiamulail bermula dengan solat tahajjud, solat taubat, solat tasbih yang mengandungi 300 kali tasbih dan solat hajat semuanya selesai sabelum solat subuh.

Menurut hadis saorang Muslim kena buat qiamulail sakurang-kurangnya sa kali satiap hari, klau tak dapat saminggu sakali, kalau tak dapat abulan sakali, kalau tak dapat satahun sakali dan kalau tak dapat sangat sakali saunur hidup. Alhamdulillah aku dapat buat beberapa kali di 10 malam terakhir Ramadan satiap tahun Pagi tadi qiamulail pertama Rmadan tahun ini. Sambil solat aku merenung Ka’bah khasnya kelambu Ka’bah yang berharga SR15 juta, menurut hadis memandang Ka’bah pun ada pahala.

Sabelum melakukan solat hajat aku terasa teramat haus salepas solat sunat tasbih. Aku melihat keliling, ada pemuda Arab membawa botol air zamzam yang baru di penohkan, aku minta sadikit kebetulan dia membawa juga gelas plastik, aku minum mengadap Ka’bah dengan doa meminta rezeki yang luas, ilmu yang menafaat dan penawar bagi segala penyakit sambil meneguk air zamzam yang sungguh lazat dan menghilangkan dahaga ketika itu. Rasanya kalau diminta membayar SR10 sa gelas pun aku sanggup bayar.

Solat subuh di tanah suci ini, imam tidak membaca doa qunut macam di Malaysia. Oleh itu kami di anjurkan semasa berdiri sabelum ruku’ kedua membaca doa pendek “Allah humarg firli ya ghafur” untuk mengantikan qoa qunut, jika tidak kena buat sujud sahwi.

Macam biasa salepas solat waktu, imam akan menyembayangkan jenazah. Aku turut menjadi makmum, tapi oleh kerana kami tak faham bahasa Arab samada jenazah itu lelaki atau perempuan, kami di ajar berniat “Sahaja aku solat jenazah-jenazah sebagaimana yang di solatkan oleh Imam 4 takbir fardu kifayah mengikut Imam kerana Allah Ta’ala”.
Selesai solat jenazah, niat hati aku nak baca “menghafiskan” 2 ayat terakhir surah Baqarah, tetapi di belakang aku ada saorang Utaz Arab memulakan tazkirah dengan pembesar suara yang kuat tentunya dalam bahasa Arab. Apa lagi aku pun melangkah kaki menuju ke Bukit Safa untuk keluar masjid, tapi kena ikut orang sa’ie menuju ke Bukit Marwah sebab pintu keluar hanya di hujung sana.

Satu perkara yang aku amati ialah berapa banyaknya orang mengambil gambar di dalam Ka’bah, ada yang mengunakan kamera ber flash dari tingkat atas tanpa bumbung yang jelas akan flash nya tanpa di larang oleh sesiapa, ada yang mengambil video depan Ka’bah mengunakan talipon bimbit, semuanya boleh sekarang. Sabelum ini pernah semasa pergi Umrah dengan Rul di mana Rul mengambil gambar malam Mekkah dari balkoni hotel, polis datang mengetuk pintu bilik dan meminta kamera Rul dan mengeluarkan dan menghapuskan filem dalam kamera itu. Dah moden orang Arab sekarang ni.

Bersesak semasa naik Bukit Marwah yang tak tinggi mana pun, gradient nya setakat 30 degree saja. Kalau sa’ie di tingkat satu, landai sahaja tiada berbukit langsung, begitu juga di lantai 2. Pada masa ini mereka sedang menyiapkan sa’ie dii lantai bawahtanah (underground) munkin siap musim haji akhir tahun ini. Pun begitu, lebar lorong sa’ie pun dah di jadikan 2 kali ganda dari dahulu.

Sampai hotel, tekak punya lah haus, itu ujian Dia. Yang pasti aku akan tertunggu-tunggu kelazatan air zamzam sejuk 2 atau 3 gelas semasa berbuka puasa petang nanti, insyaallah.
Aku dah off kan laptop, ingat nak tidor tapi teringatkan 4 lagi adik beradik aku yang lain yang belum mengerjakan Umrah, Umrah wajib sa kali saumur hidup. Anak-anak aku semua dah aku bawa ke Tanah Suci. Kakak yang ada anak umur 10 tahun kata payah nak pergi sebab tiada siapa nak urus anak dia, tapi kan dia ada suami dan anak-anak dan menantu lain, sure boleh tolong setakat 12 hari. Begitu juga 3 adik-adik yang lain perlu di galakkan pegi lepas musim haji ini, munkin aku kena bawa dan memimpin mereka. Everything’s on me.

Jam 8.13 pagi Ahad 21 September 2008, aku nak tidur kalau boleh. Malam tadi cuma tidur dari jam 11 hingga 3 pagi. Tengahhari ni nak masuk masjid jam 11 pagi paling lewat, solat zohor jam 12.16 tengahhari. Pip dah lama tidur sejak balik sa jam tadi.

Zohor hari ni dapat tempat zohor semalam, mengadap Hajarulaswad, cuma saf belakang saf semalam. Sedang azan zohor berkumandang dan samentara menunggu solat sunat qabliah, aku bangun melihat ribuan jemaah yang melakukan tawaf umrah dan umrah sunat. Yang pakai ihram mengeliling Ka’bah, itu maknanya mereka melakukan tawaf umrah. Jika pakai baju biasa, itu umrah sunat. Itu jemaah lelaki. Jemaah perempuan, tak ada beza.

Lepas solat zohor ada jenazah yang perlu di sembahyangkan. Panas dan bahang di tempat itu, aku pusing belakang berjalan menuju Bukit Safa dan berjalan bersama jemaah yang tengah bersa’ie menuju ke Bukit Marwah untuk keluar dan balik ke hotel. Ingat nak beli korma basah lagi, tapi aku KIV dek cuaca dan angin yang panas melebihi 40 darjah selsius.

Dapat sms dari Alif, YPJPI akan cuti mulai Hari Raya pertama Rabu 1 Oktober hingga Isnin 6 Oktober. Isnin ini 22 September YPJPI akan beroperasi di pejabat baru di Taman Setia Tropika. Dapat sms dari Ikin, dia masak nasi hari ni di apartmen nya di Subang Jaya.

Hari ini berbuka puasa makan nasi putih, ayam masak kicap, sayur macam sambal goring Johor, buah honey dew dan macam bubur jagung sebagai pemanis mulut. Ustaz Bakar makan di meja sabelah, aku tanya esok bas bertolak pukul berapa untuk ziarah Mekah. Katanya belum pasti lagi sebab local agent yang janji nak datang untuk mengesahkan sewaan bas, belum tiba lagi.

Ziarah luaran yang sepatutnya di adakan pada hari Sabtu, di tunda ke hari Isnin, itu pun belum pasti lagi sahingga waktu berbuka hari Ahad. Kalau dah macam itu, ziarah ke hudaibiyah hari Isnin juga tentu akan di tunda sama.

Macam aku cakap dengan Pip sabelum buka tadi, jangan harap sangat bas Arab ni. Nasib tak baik agen mana, bas nya pun mana. Aku macam dah lali dengan keadaan ini, entah mana silapnya, adakah package tour di Malaysia atau mutawiff di Mekah yang mengaturkan segalanya atau syarikat bas yang munkir janji. Cerita-cerita sabegini dah banyak aku lalui. Pernah di satu umrah satu syarikat pakej umrah yang di turut serta oleh taukehnya, kami yang baru sampai di Mekkah dari Madinah dengan pakaian ihram, tersadai di Makkah Tower lebih dari 2 jam sebab bilik belum siap di kemaskan. Marah tapi itu ujian umrah.

Pernah di satu umrah lain, aku baru sahaja balik dari Masjidilharam kira-kira jam 7 malam apabila mutawif memberitahu bahawa flight kami yang sepatutnya berlepas malam berikutnya akan berlepas malam itu juga jam 11.30 malam. Bayangkan kami kena berkemas, Pip masih lagi belum balik ke hotel, perjalanan ke Jeddah mengambil masa 1 jam. Satelah berbalah dengan aku dan menalipon sana-sini, akhirnya mutawif baru perasan memang flight kami berlepas malam berikutnya. Masa itu dah pun suruh Rul beli beg tambahan dan penyokkan baju-baju ke dalam bag yang baru di beli.

Pernah di satu umrah lain, ini cerita paling menarik dan paling menduga. Di hari akhir umrah di Mekkah iaitu pagi Ahad, taukeh pakej umrah memberitahu bahawa flight yang sepatutnya berlepas Ahad malam Isnin jam 11.00 malam delay sahari. Jadi kami pun relax sebab munkin akan bertolak dari Mekkah ke Jeddah hari Isnin dan flight malam Selasa. Tapi pada jam 6 petang kami di beritahu flight yang kononnya delay satu hari sabenarnya akan bertolak subuh Isnin jam 3 pagi, iaitu delay 4 jam sahaja. Masa itu dah lambat untuk check in flight 3 pagi tu. Hasilnya syarikat itu menanggung lebih 30 jemaah untuk tinggal serta di sediakan makanan sahingga flight hari Khamis. Sure syarikat itu mengalami kerugian.

Di satu umrah lain, kami pergi berempat sakeluarga, kami di beritahu akan hanya sakurang-kurangnya 20 jemaah lain dalam kumpulan kami. Tiba di lapanganterbang Subang, tiada jemaah lain yang ada, kami di “jual” kapada pakej lain, di Jeddah, di Madinah dan di Mekkah kami juga di “jual” dan akhirnya kami terpaksa menumpang pakej lain bila nak pergi menziarah samada di Madinah atau di Mekkah.

Nak cerita pasal pakej umrah kali ini pun setakat ini dah ada kecacatan, iaitu tidak cukup sempurna saperti yang di janjikan di dalam aturcara lawatan yang di edarkan semasa kursus umrah di Masjid Kotaraya 2 minggu sabelum berlepas. Setakat ini kami tidak di bawa Ziarah Dalaman Masjid Nabawi semasa di Madinah, kesian jemaah pertama umrah, sahingga hari terakhir masih bertanya aku di mana Raudah !

Bagi Ziarah Luaran Madinah, tiada lawatan ke perkuburan para syuhada. Tiada maklumat di berikan samada kelulusan di beri untuk lawatan ke Kilang Cetak Quran, senyap saja semacam memang tiada perancangan untuk lawatan sademikian. Lawatan ke Ladang kurma, sabenarnya hanyalah berhenti di satu setor jualan kurma berhampiran dengan ladang kurma. Kami mengharapkan lawatan melihat dengan dekat pokok kurma dan sakurang-kurangnya cara memetik dan proses pembungkusan kurma. Kalau macam itu lebih baik kami di bawa pergi ke pasar kurma biasa, sakurang-kurangnya banyak pilihan kedai dan boleh tawar menawar.

Ikut jadual, check out hotel di Madinah jam 8 pagi, tiba di Mekkah jam 5 petang. Ini bulan Ramadan. Tanpa diberitahu sebabnya, kami di minta siap sedia di lobi hotel jam 2.30 petang, bas bawa kami ke Bir Ali dan bertolak dari Bir Ali jam 4 petang dan masuk Mekkah tepat jam 10 malam. Masa itu ja kerana jemaah baru keluar dari solat terawikh, oleh itu jalan ke hotel kami di tutup. Bas ikut jalan belakang dan berhenti kira-kira 100 hingga 150 meter dari hotel, kami di minta mengangkat dan menarik bagasi sendiri, Nasib baik tidak jauh dan kunci bilik cepat di edarkan.

Bila di tanya baru kami di beritahu untuk siap sedia di lobi hotel jam 12.30 malam untuk pergi buat tawaf dan sa’ie. Ketika itu ada saorang pemuda berumur 20an datang hanya untuk memberitahu kami akan arah masjidilharam dari hotel, dan dia membawa kami beserta Ustaz Bakar ke sana. Kami sangka dia mutawif kami tapi dia menghilangkan diri satibanya di dalam Masjidilharam. Di dalam jadual sepatutnya ada mutawif yang akan memimpin tawaf dan sa’ie, tapi yang ada cuma Ustaz Bakar yang terus bertawaf dengan mengangkat tinggi bag sandang Tiram Travel di ikuti beberapa kerat sahaja jemaah Tiram.

Kesian jemaah baru, kalau ada yang tak buat rukun pun tiada siapa yang tahu dan menasihatkan akan perlunya membayar dam.

Pagi ini Isnin 22 September bas bertolak jam 6.50 pagi menuju ka Jabal Thur, Arafah, Muzdalifah, Mina, Jabal Nur dan akhirnya ke Masjid Ja’ranah. Jemaah turun bas di Jabal Thur, Jabal Rahmah, dan di Ja’ranah untuk miqat bagi mereka yang nak berumrah. Lawatan ke Museum dan ladang unta serta miqad di Hudibiyah katanya pada hari Rabu.

Hari ini aku masuk masjid jam 11 pagi, waktu zohor jam 12.16 tengahhari. Aku masuk melalui pintu Bukit Marwah aras satu, terus menjalan bersama jemaah yang sedang sa’ie menuju ka lokasi favourite aku betul-betul di depan pintu Ka’bah. Aku mula dengan solat tahyatul masjid kemudian solat hajat di saf kedua belakang railing, kemudian datang mak-mak arab berarai-ramai berdiri menonton jemaah sedang tawaf. Itu tak apa lagi. Datang saorang mak arab meinta aku pindah ke tempat lain kerana dia dan gerombolannya nakkan petak antara 2 tiang itu, masyaallah. Aku mengalah.

Satu lagi tentang menjerit dalam handphone. Pak Arab ni macam pertama kali jumpa handphone, kalau bercakap macam dia dalam bilik saorang diri, menjerit kurang-kurang 10 orang dari kedudukannya boleh dengar dengan jelas jeritan di taliponnya. Aku menghampirinya dan memberi isyarat untuk dia perlahankan suara, sakejap saja lepas tu menjerit balik.

Saperti biasa lepas solat waktu, akan ada solat jenazah. Dari aras satu dapat aku lihat jenazah di usung dan di tempatkan di depan imam. Imam berada di ruang cermin aras bawah menghadap hajarulaswad, ada ruang di kosongkan di antara jenazah dengan Ka’bah. Ramai orang tak tahu dan tak mahu solat jenazah tapi caranya mudah sahaja.

1. Salepas imam mengangkat takbir, kita baca niat saperti yang di terangkan sabelum ini iaitu “ Sahaja aku solat ke atas jenazah-jenazah ini sapertimana yang di solatkan oleh Imam, 4 takbir fardu kifayah mengikut Imam kerana Allah Ta’ala “ , dan kemudian baca fatihah,

2. lepas takbir kedua baca saperti di akhir tahhiyad “allahummasollia’la Muhammad...” sahingga selesai bacaan,

3. salepas takbir ketiga, baca allahummargh firlahum war ham hum, wa’a fi’i, wa’ fu ‘an hum”,

4. lepas takbir keempat, diam dan beri salam sakali sahaja salepas imam memberi salam.

Selesai dalam masa kurang dari 6 minit. Ingat, tiada ruku’ dan tiada sujud di dalam solat jenazah. Segalanya dalam keadaan berdiri sahaja. Yang ada cuma mengangkat takbir, baca 3 surah dan beri sakali salam.

Solat jenazah di Malaysia sama sahaja, kecuali kita tahu jenazah itu lelaki atau perempuan, niat solat jenazah cari lah sendiri dalam buku solat sunat, takkan semua aku nak bagi tahu kat sini.
Aku pernah di beritahu 4 tahun dahulu, untuk jenazah di solatkan di Masjidilharam bayaran yang di kenakan kapada waris si-mati adalah SR1500. Sekarang, wallah hu alam.

Sejak malam 21 Ramadan jam 12.30 malam, Sabtu malam Ahad lepas, Masjidilharam membuat solat malam beramai-ramai. Kata Pip yang rajin pergi, solatnya merupakan 2 rakaat 5 kalidan akhir sekali 3 rakaat. Kita tak faham bahasa Arab, jadi tak tahu solat apa yang Imam imamkan. Yang solat 3 rakaat akhir tu rasanya solat witir kerana mulai malam 21, solat terawikh tiada solat witir. Yang 2 rakaat 5 kali itu entah solat apa.

Kalau di Malaysia qiamulail mulai malam 21, di mulakan dengan 2 rakaat solat tahajjud, di ikuti dengan 2 rakaat taubat, 4 rakaat solat tasbih dan 2 rakaat solat hajat. Akhir sekali solat witir 3 rakaat. Macam sama, tapi kalau di Malaysia Imam akan beritahu solat apa yang di imamkan, di sini tidak di beritahu atau di beritahu tapi kita tak faham bahasa Arab. Takut nanti imam mengimamkan solat tahajjud, kita berniat solat taubat.

Kalau di Malaysia solat tasbih merupakan 2 kali 2 rakaat dengan 2 salam. Kita baca tasbih 15 kali lepas baca surah rakaat pertama, 10 kali tasbih masa ruku’, 10 kali masa i’tidal, 10 kali masa sujud, 10 kali masa duduk antara dua sujud, 10 kali masa sujud kedua, 10 kali lepas sujud kedua sabelum bangun berdiri, dan begitu lah ke empat-empat rakaat dengan jumlah tasbih yang di baca 300 kali. Di sini tak ada pula begitu, kerana kata Pip, tak ada ruang untuk baca tasbih sapertimana di Malaysia.

Tanya ustaz, katanya solat tahajjud. Takkan solat tahajjud sampai 2 rakaat 5 kali. Tu pasal aku tak pergi. Hari-hari aku sahur jam 3.15 pagi, mandi dan masuk masjid sabelum jam 4 pagi dan aku buat qiamulail sendiri dan siap sabelum azan subuh jam 4.52 pagi. Le bih yakin kerana aku tahu solat apa yang aku buat termasuk bacaan “La ila hailla anta subha naka inti kuntu minazzolimin” 40 kali di sujud akhir solat hajat dikuti dengan doa-doa dalam bahasa Melayu yang di baca dalam hati. Di lakukan semua itu di depan pintu Ka’bah, yang di panggil Multazam yang mana tidak ada saorang pun yang berdoa di situ kecuali Allah makbulkan doanya.

Sahur pagi ini Selasa 23 September adalah nasi lemak ayam goring sambal dan timun. Hari ini aku masuk masjid awal tapi badan punyalah letih dan mata mengantuk maksima, jadi cuma buat solat tahyatulmasjid dan solat hajat aje. Lepas nak cari jalan balik terpusing-pusing nak mencari kolong bawah sa’ie aras bawah yang dulunya tempat solat tapi belum berapa siap. Kalau ikut sa’ie aras bawah, maknanya kena berjalan dari Bukit Safa ke Bukit Marwah dan keluar hujung dekat kedai-kedai gunting. Sesak dan jauh.

Di luar masjid sabelah kanan paling hampir dengan tembok istana, di sediakan deretan tangki dan paip-paip air zamzam, patutnya untuk minm sahaja, sabelah wanita dan sabelah lagi lelaki. Tapi manusia, di improvise juga, botol plastic kecil di tebuk lubang di pangkalnya dan di salurkan ir zamzam ke ba dalam botol besar yang menunggu di bawah. Bagusnya arab ni, kalau kita tumpang salurannya untuk mengisi botol kecil kita, dia tak marah.

Satu benda yang aku tak lihat kali ini adalah sekuriti wanita yang bertutup muka habis memukul untuk menghalau jemaah wanita dengan sejadah, tahun-tahun dulu bersepah-sepah mak arab begini.

Satu lagi yang wujud sejak zaman azali ialah pertengkaran jemaah wanita arab, yakni Saudi, iran, Iraq, Pakistan, india dan yang kulit gelap-gelap , dengan sekuriti. Menjerita-jerit jemaah wanita ni marah-marahkan sekuriti lelaki. Dari mimik muka dan body language, sekuriti meminta mereka pindah tempat duduk samada tempat itu adalah tempat jemaah lelaki atau merupakan laluan pejalankaki jemaah untuk menghampiri ka’bah. Aku pasti petugas ada sebab dan arahan untuk berbuat demikian, tapi payah jemaah wanita nak menurut perintah sekuriti tersebut. Persoalannya, adakah mereka memang jenis degil atau arahan petugas keselamatan tidak memihak jemaah wanita oleh itu perlu di bantah satiap masa.

Hari ni dapat sms dari Cikgu Ali Lahuri dari Parit Nipah bahawa Cikgu Mi’an telah meninggaldunia, innalillah hiwa inna ilai hirooji ‘ un. Rumahnya sabelah surau Parit Nipah darat, pernah menjadi imam surau tapi dah lama sakit dan dah lama tak ikut marhaban raya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan di tempatkan di kalangan mereka yang solih.

Bercakap pasal marhaban Hari Raya, semalam aku menegur dua senior citizen lelaki dari Malaysia masa masuk masjid waktu zohor ikut pintu Bukit Marwah aras 1. Saorang rendah sikit dan munkin berpangkat Dato’ datang dari Shah Alam dan yang kedua tinggi dari Bangi. Mereka satiap tahun mengerjakan sabulan umrah dan balik tiga atau empat hari raya. Kata lelaki yang pertama, hari raya di sini tak ada kemeriahan langsung, lepas solat aidil fitri, masing-masing membeli makanan atau makanan yang disediakan oleh pakej umrah, lepas tu tidur samentara menantikan solat zohor. Tak ada kunjung mengunjungi, tak ada marhaban. Anak-anak di Malaysia menyambut hari aya sendiri dan akan hanya beraya bersama bila mereka tiba dari Jeddah.

Mula dulu terpikir juga macam sedap beraya di Mekkah, tapi bila dah dengar cerita tu, taka pa lah biar aku beraya di Malaysia. Petang sabelum raya dah makan ketupat dengan segala lauk-lauk iringannya. Pagi raya pertama kita akan bermaaf-maafan aku dengan Pip, lepas itu dengan Abang, Syikin, Rul, Anis, Ikin, Farid, Adam, Amir dan tentu sekali ‘Ammar yang belum tahu bercakap. Yang pasti, bermaaf-maafan dengan mak dan abah. Kemudian pergi solat aidilfitri di Masjid Jamek Bandar Baru Uda dan tentu sekali bermaaf-maafan dengan jemaah masjid. Balik makan ketupat lagi. Tengahhari menziarahi Dato Dr Shahir yang memang satiap tahun mengadakan jamuan hari raya dengan masakan istimewa iaitu kambing kuzi.

Petang kami akan konvoi balik ke Muar, check in Traders Hotel, kemudian ke rumah Pip di Parit Kassim di ikuti dengan menziarahi saudara mara sabelah aku dan sabelah Pip di sekitar Parit Jawa, Air Hitam dan Bandar Muar sahingga ke malam hari.

Hari Raya kedua yang paling seronok iaitu mengikuti rombongan marhaban Parit Nipah Darat. Biasanya bermula marhaban di rumah bekas ketua kampong arwah Zakaria, kemudian dari rumah ke rumah melewati rumah aku sendiri sebab dah 4 hari raya rumah itu di tutup sejak abah dan mak berpindah ke JB, 2 tahun di rumah Alif dan 2 tahun lebih di rumah aku. Aku akan berjumpa kawan-kawan lama, yang merantau dan yang menetap di kampung.

Inilah satahun sekali kita berjumpa, kami bermarhaban dengan memuji-muji kebesaran Rasulullah SAW di ikuti dengan bacaan doa di satiap buah rumah dan di akhiri dengan marhaban kemuncak samada di rumah Cikgu Ali Lahuri atau di rumah arwah Imam Ghani dengan makanan berat sadikit, nasi beryani atau nasi ayam. Di rumah-rumah sabelumnya hanya makan kuih raya dengan air teh atau sirap.

Di usia 50an ini, kawan di kampong dah tak ramai, yang ramai generasi kedua dan ketiga. Kena tanya budak-budak tu, siapa bapa, emak, atau datuk mereka - untuk kenal siapa mereka. Di rumah terakhir ini, aka nada ucapan dan sadikit maklumat tentang perjalanan serta hal-ehwal ekonomi surau kita.

Satu hal lagi, di satiap buah rumah tuan rumah akan memberikan derma ke dalam tong derma yang biasa di bawa oleh Deraman, juga akan di hulurkan kertas derma khas untuk derma khas yang biasanya di bawa oleh Amir, Bendahari surau. Amir ini anak Wak Yasin, saban tahun di rumahnya akan di hidangkan tapai ubi yang mengkal iaitu belum masak sangat, belum berair, semasa marhaban. Marhaban biasanya berakhir jam 2.30 petang.

Aku rapat sikit dengan orang-orang kampong, bukan sahaja Cikgu Ali cikgu agama aku di sekolah rendah Parit Jamil, malah Cikgu Sahar juga adalah cikgu yang membimbing aku dalam hal syarahan dan mentafsir al Quran masa aku berumur 15 tahun. Aku juga pernah menjadi bendahari kumpulan kompang surau sabelum aku ke SDAR Seremban.

Teringat masa abah mak belum pindah ke JB, kedatangan rombongan marhaban tidak disukai oleh sasatengah orang, entah kenapa bila sampai ke rumah kita, ada ucapan yang pedas-pedas saolah-olah menyindir mereka yang tidak mengikuti rombongan marhaban. Di rumah lain ada juga anak-anak yang tak ikut marhaban tapi tak ada pulak sindiran sademikian. Masa itu lah ada orang yang bawa anak isteri shopping ke Muar atau ke mana sahaja. Sapa makan lada..................

Lepas itu aku akan ke rumah Fuad Senan, tauke rempah. Kedai sewaan 3 deretnya di Muar di jilat api semasa aku berada di The Hague November 2007 menghadiri perbicaraan Pulau Batu Putih di ICJ, kesian dia. Balik saja dari The Hague aku ziarahi dia tanda simpati dan memberi bantuan mana yang patut serta memberi dorongan semangat. Aku beritahu dia bangunan pejabat aku juga terbakar tahun 1990, aku boleh bangkit malah semakin maju. Itu dugaan dari Nya.

Kami bersama-sama mencari tapak baru, dapat sabuah godown di Jalan Ibrahim berdepan dengan Stadium Muar. Aku sokong sebab tempat kereta tepi jalan yang cukup luas di samping ianya berdepan juga dengan pasar tani yang mana papan kedainya akan di lihat orang dengan senang, di tambah dengan pelanggannya yang sediaada pasti “meletup”.

Aku balik 2 bulan dulu, aku lihat barang-barang dah banyak, anaknya Farah dah sama membantu dan aku yakin dia akan cepat melupakan insiden yang lepas. Itu hikmah, kalau tak terbakar tentu di akan beroperasi di tempat lama yang sempit dengan tempat letak kereta yang terhad. Aku bangga dengannya.

Hari Raya ketiga kami akan balik ke JB. Tahun ini kami akan membuat Perjumpaan Hari Raya di rumah aku pada hari Raya ke 4 yang akan jatuh pada 4 Oktober 2008, khas untuk saudara mara, jiran, dan kenalan abah dan mak.

Tahlil, bacaan yaasin serta doa selamat akan bermula jam 11 pagi. Selain itu yang lebih penting ini adalah peluang mereka untuk berjumpa abah dan mak, abah yang keluar masuk hospital sejak beberapa bulan ini, tak termasuk rawatan di rumah oleh Nurse Wong yang ada pusat penjagaan orang-orang tua di Taman Sentosa yang memeasukkan drip dan tube makanan semasa aku di Madinah minggu lepas.

Mereka juga akan dapat beramah mesra sesama sendiri dek dah lama tak jumpa. Aku sendiri dah lama tak berjumpa sepupu-sepupu aku saperti Hamdan, Alim, Long Din, Abang Pul, Chom, anak-anak Chu isteri pertama dan kedua yang aku pasti aku lupa rupa dan nama mereka, anak-anak Pak Mok/Cik Melaka saperti Azhar dan Ishak yang kedua-duanya anggota polis di KL, Fauzi dan Md Nor – pasti seronok kalau semua datang. Bab ini sure repetition, munkin dah cakap sabelum ni, emotional pulak sampai jadi ulang tayang pulak. Muntah pulak ko orang bacanya nanti, nasib ko orang lah.

Sekarang jam 10.30 pagi di Mekkah Mukarramah. Di luar kedai-kedai masih belum di buka, di buka lepas zohor sahingga salepas subuh. Hotel Najd yang aku menginap ni sekitar 150 meter dari pintu Marwah, hotel tanpa bintang ni terletak betul-betul sabelah bangunan Gazzaz tempat aku menginap semasa melakukan ibadah haji tahun 1995. Di depan Gazzaz adalah Masjid Kucing.

Bangunan-bangunan lama depan Bukit Marwah semua baru di robohkan dan satiap kali ke Masjidilharam kami akan melalui tepi-tepi bangunan yang di runtuhkan dengan batu-batan yang besar-besar sedia untuk di pindahkan. Ini termasuk juga “pasar zing” yang tak kelihatan lagi.

Disabelah sana yang orang Malaysia panggil Kampong Samiyah, katanya juga telah di robohkan saperti Hotel Makkah, Zareth Mekkah, tapi aku tak pergi ke sana sebab tiada keperluan untuk ke sana. Di dalam kawasan masjid, di kanan Safa/Marwah juga sedang di bangunkan. Pasti hebat Masjidilharam dalam masa 2 tahun lagi.

Pernah Umrah 2004 kami cabut keluar dari Mekkah untuk menginap di Jeddah, kami ambil teksi dan menginap di Hotel 5 bintang. Saja nak merasa suasana malam dan suasana Ramadan di Jeddah. Tapi Jeddah lebih teruk dari Mekkah, kedai-kedai dan supermarket semuanya tutup antara berbuka puasa hingga selesai solat terawikh. Kalau siapa ke supermarket masa tu, pasti akan terperanjat sebab gelap saolah-olah macam dah tutup habis.

Masa tu lah kami sewa teksi untuk menyusuri tepi lautan Merah sahingga ke kilang penapis air laut, kami dapat lihat pusat-pusat permainan kanak-kanak yang banyak sepanjang pantai, calet-calet yang di buat di atas tanah “reclaimed” di tepi pantai, hebat Jeddah ni. Tapi Jeddah ni cosmopolitan, segala bangsa ada dan pakaian wanita juga moden. Tempat shopping Corniche masih ada, tapi ramai pengunjung kelas pertengahan dan pekerja import dari Indonesia dan Filipina.

Dah dekat jam 11 pagi, aku nak berkemas dan nak masuk masjid sakejap lagi. Lama sangat duduk bilik pun boring. Dah dua hari Pip kurang sihat, sakit tekak, jadi kami berbuka di bilik kami bilik 511 dua orang sa bilik. Lepas solat maghrib kami naik tingkat 6 untuk makan malam buffet. Kalau 3 atau 4 orang sa bilik murah sikit. Kami bercampur juga dengan jemaah yang duduk sabulan, yang peliknya harga pakej mereka hanya lebih beberapa ratus sahaja berbanding kami yang duduk 2 minggu.

Cakap pasal Jemaah ni, ada macam-macam kerenah, tapi nak cakap kira mengumpat – bulan puasa dan di bumi Mekkah pulak. So tengok, dengar dan telan aje. Saorang jemaah wanita duduk sameja aku masa makan 2 hari lalu, dia kata dia dari Bandar Baru Uda, ddepan bangunan Uda. Bila di tanya aku kata aku dari Jalan Padi Huma. Dia tanya dekat dengan rumah yang macam istana tu ke ?

Kalau aku tak mengaku, takut dia akan mengata rumah tu, macam balai raya la, macam kolej swasta la, menyakitkan hati so aku kata itu lah rumah aku. Tergamam dia, terus dia kata yang anak dia pernah kata itu rumah Mat Sentul, tapi anaknya kata dah di beli orang. Aku lah orangnya tu. Dia kata dia pernah dengar rumah tu for sale dengan harga RM 3 juta, aku kata semuanya dengan renovations tak sampai RM 2 juta. Dia kata, untung aku beli rumah tu below market price.

Masuk masjid 11.40 pagi juga ikut pintu Marwah aras 1, jalan terus bersama jemaah yang buat sa’ie dan terus ka favourite spot aku, mengadap betul pintu Ka’bah. Nampak Hajarulaswad di kiri Baitullah, kanannya pintu Ka’bah kanan lagi Makam Ibrahim, jarak antara Ka’bah dengan Makam Ibrahim lebihkurang 15 hingga 20 kaki dan Hijir Ismail adalah lengkok di kanan sekali Ka’bah darpada mana aku berdiri.

Menurut riwayat, batu hajarulaswad berasal dari syurga, asalnya berwarna putih dan bervahaya dan sempadan tanah haram di tentukan pada akhirnya cahaya tersebut. Sekarang ia berwarna hitam disebabkan oleh kesan dosa kucupan jemaah di situ. Makam Ibrahim adalah batu yang mempunyai kesan tapak kaki Nabi Ibrahim ketika Baginda membina Ka’bah.
Satu feature lagi Ka’bah ialah pancuran emas, terletak di atas Ka’bah untuk mengeluarkan air dari bumbung Ka’bah ke Hijir Ismail. Ia memang benar-benar di buat dari emas saberat 4 kilogram hadiah daripada Sultan Abdul Majid Khan dari Turki pada tahun 1276 Hijrah.
Aku berdiri lama di atas sejadah di lokasi itu. Aku lihat ramai jemaah yang bertawaf, samada tawaf umrah atau tawaf sunat, di bawah cahaya matahari yang begitu terik dan suhu melebihi 45 darjah selsius.

Kalau ayah, yang kadang-kadang kita minta dia tak beri, kita saying, kenapa kita tak sayang kapada Allah yang sentiasa memberi bila kita minta. Firman Nya “Berdoa lah nescaya aku akan tunaikan doa kamu”. Munkin ada yang bertanya, macam mana nak tunjuk kasih sayang dan cinta kapada Allah, mudah jawapannya - buat apa yang di suruh dan tinggalkan apa yang di larang. Itu saja. Tak paham ? Lu pikir la sendiri, di sekolah ada pelajaran ugama, dah gitu petang pergi pula sekolah agama, tak faham juga ?

Selesai solat zohor dan sedang aku buat solat ba’diyah imam takbir tanda ada solat jenazah. Aku lajukan solat ba’diyah dan sempat bersama-sama solat jenazah. Keluar masjid ada pengumuman di tiang lampu akan kehilangan Jahan wanita Pakistan sejak 4 September salepas membuat umrah, siap dengan gambar wajahnya. Masaalahnya, rupa mereka hampir-hampir sama, kalau aku jumpa pun tak munkin aku dapat mengenali bahawa itu wanita yang hilang.

Bercakap tentang wanita hilang, zaman-zaman aku pergi haji tahun 1995 riuh pasal wanita Malaysia hilang, ada yang kata di culik, di rogol dan di bunuh orang kulit hitam. Maka petua berjalan dan naik teksi di war-warkan dan di amalkan jemaah masa tu, bila naik teksi suami masuk dulu isteri masuk kemudian, bila turun teksi isteri keluar dulu suami keluar kemudian, ini untuk mengelakkan teksi membawa lari isteri kita dengan teksinya.

Tetapi bila Tanya Haris, anak Long Wan yang kebetulan Pengurus Urusan Haji Mekah masa tu, dia kata setakat ini tak ada pun jemaah Malaysia yang membuat laporan akan kehilangan isteri atau saudara perempuan. Dongeng saja agaknya, munkin nak mengalakkan jemaah duduk hotel dan hanya keluar ke masjid sahaja, tak nak mereka tak sudah-sudah pergi shopping dan meninggalkan yang fardu. Sakurang-kurangnya duduk baca buku Panduan Umrah dan Ziarah, tengok mana-mana yang kita tertinggal lakukan atau mana yang kita nak perkuatkan lagi amalan kita.

Bercakap pasal buku Panduan Umrah dan Ziarah, sejak semalam aku baca word for word buku yang di edarkan oleh Tiram Travel Sdn. Bhd. susunan Ashari Mohd Salleh cetakan kedua 2008, yang mana pada pengamatan aku terdapat beberapa typo error yang perlu aku highlight kan kapada Tiram dan penyusunnya. Macam biasalah bak kata Ikin, abah kalau tak betulkan kesalahan orang, tak sah. Apa lagi kalau salah penggunakan Bahasa Inggeris samada di dalam buku atau di supermarket.

Pernah aku hantar surat panjang kapada satu penerbit di Batu Caves, tentang banyak kesilapan. Pengarangnya talipon aku balik katanya pencetak tak proof read sabelum di cetak. Alasan saja tu.

Pernah aku hantar komen tentang salah pengunaan Bahasa Inggeris dalam satu website satu pengeluar barangan menjimat pengunaan minyak di enjin kereta. Aku copy balik website tu, aku betulkan pengunaan Bahasa Inggeris dan aku emailkan balik kapada syarikat Melayu itu untuk di betulkan. Sampai sekarang tak ada jawapan dan sampai sekarang website tu belum di perbetulkan.

Semasa di Madinah aku baca tender dalam Bahasa Inggeris oleh sabuah Koridor Ekonomi di Malaysia, yang aku copy pada laptop aku, didalamnya terdapat banyak kesilapan. Ini koridor nak menarik berbillion-billion dari pelabur asing. Kalau lah iklan ini di baca oleh pelabur asing, atau kalau gaya beginilah Bahasa Inggeris yang di gunakan di dalam surat-menyurat mereka dengan pelabur asing, alangkah malunya. Aku dah copy tender dokumen itu, dah betulkan mana yang silap tetapi tak sampai hati nak emailkan kapada VP nya, kesian kalau-kalau ada orang yang kena buang kerja.

Berbalik kapada buku Panduan Umrah dan Ziarah, aku turunkan di Jadual Satu akan surat aku kapada penerbit penyusun dan Tiram Travel yang akan aku kemukakan kapada mereka semua balik dari Umrah ni.

Begitu juga dengan iklan fuel saver, sampai aku nasihatkan dalam email aku supaya syarikat pengeluarnya itu di tukar kapada syarikat sendirian berhad, berbanding dengan syarikat enterprise yang di gunakan sekarang. Kalau nak tahu sebabnya kirim email kapada aku di ali@azba.com.my. Kalau tak, sedialah untuk berhadapan dengan tindakan sivil dari pembeli dan penguna.

Sakejap tadi dapat sms dari Farid, anak bongsu aku yang autisma tu, katanya “Hi dad! What’s up ? How’s going in Mekkah” . Dah aku pesan dia, sms aku tiap-tiap hari. Bila aku balik nanti akan aku cakap dengan abang-abangnya macam mana Farid hantar sms satiap hari, dan dengan English yang betul (macam betul le), dan dia sudah tentu bangga mendapat pujian demikian. Kami berbalas sms 3 kali sahingga dia berhenti hantar.

Hari ini Selasa pengalaman berbuka puasa yang menarik. Aku keluar hotel jam jam 5.44 petang, waktu berbuka puasa jam 6.16. Aku cuma bawa sa bekas kurma basah dan di tengah jalan ada orang mengagihkan sederhana roti bijan. Aku cari spot biasa di perkarangan Masjidilharam sabelah tembok tinggi istana, depan aku kelihatan jemaah bersa’ie kiri ke kanan, Safa ke Marwah di aras satu.

Sponsored rows yang dah di bentang tikar plastic dah penuh, aku air minum pun tak ada. Perlahan–lahan aku masuk celah sponsored rows, memang muat satu saf, aku bentang sejadah kemudian datang 4 orang jemaah lain buka sejadah sabelah kanan aku. Masa kotak makanan dan air di edarkan, mereka tak beri pada aku sebab aku diluar sponsored row mereka. Aku reda, tak nak jerit-jerit minta-minta.

Aku buka bekas korma basah aku. Aku bangun ambil air zamzam 2 gelas sakali ambil, dan aku bagi jemaah yang sabelah kanan aku. Aku bangun lagi, aku bagi dia sagelas lagi. Sambil ambil air zamzam mulut aku tak putus-putus baca ayat kursi, sampai pak arab yang tekan punat tong zamzam berhenti menekan sakejap dan beri isyarat minta aku baca lagi kuat, dia menganguk tanda bacaan aku betul. Lepas itu baru bagi jemaah sabelah kanan aku korma basah aku, aku bangun bagi korma basah kapada pak arab penekan tong zamzam, sadikit kapada jiran-jirannya dan yang lebih kapada jemaah belakang kiri aku.

Bila aku duduk, jemaah kanan aku beri aku bahulu dan air oren kotak, 2 jemaah depan beri aku 2 lagi jenis roti dengan cheese di dalamnya. Akhirnya aku bawa balik lebih banyak dari yang aku bawa ke masjid sabelum buka tadi.

Moral of the story ? Masa bulan Ramadan, tak perlu bawa apa-apa pun ke masjid untuk berbuka puasa, sure ramai yang nak pahala sedekah memberi makan orang berpuasa. Dalam pada cakap itik dengan ayam, tangan masing-masing tak lokek menghulur makanan walau di tangan mereka cukup-cukup untuk mereka berpuasa. Cantiknya Islam.

Lepas makan malam di hotel, kami berjalan menuju masjidilharam, lalu tepi tembok istana menuju ke Makkah Towers, Pip nak cari candy yang ada pistaccio, dekat hotel kita SR 30. Plannya nak solat isya’ dan terawikh di luar Makkah Towers then pergi shopping after 8 rakaat. Pip cari sendiri tempat jemaah wanita.

Aku jalan punya jalan terus masuk pintu No. 1, di mana dalam masjid berhawa dingin, enak sungguh. Orang ramai termasuk di tangga, tingkat bawah penuh, aku naik tingkat 1 juga penuh. Aku cuba turun dan keluar masjid di celah-celah jemaah ada yang nak masuk ada yang nak keluar. Sesak nafas. Akhirnya dapat keluar dan cuba menyelit di saf lelaki luar masjid diantara Tawhid Intercontinental sabelah Makkah Tower, tak dapat. Padat sungguh. Akhirnya aku bersolat di pavement Tawhid Intercontinental, sabelah parit bertutup tapi masih berbau.
Jumpa Pip di depan Bin Daud, naik sakejap aras 1, dia tak beli apa-apa. Turun balik ke Bin Daud, candy pistaccio harganya SR48 sa kilo. Buat penat jalan, tapi aku jumpa dan beli kerusi travelling warna hijau berharga SR35 yang dah lama aku lihat Pak Arab pakai. Ada tempat sandar, senang di lipat, senang di bawa jalan.

Aku juga beli 2 naskah Quran, nak waqafkan ke Masjidilharam tapi aku baca dulu dan akan hantar ke Masjidilharam sabelum balik nanti. Dulu-dulu apabila kita beli Quran dan katakan kapada pekedai niat kita nak waqafkan ke Masjid, dia akan cop “Waqaf Masjid” di mukasurat pertama Quran dan Quran itu tidak diberikan kapada kita, munkin dia akan hantar sendiri ke Masjid. Tadi tidak, dia cop Waqaf Masjid di tepi Quran dan dia pulangkan kapada aku, maknanya aku kena hantar sendiri ke masjid.

Dalam bilik hotel tak ada kerusi, semuanya buat sambil bersila di atas katil. Sekarang ni baru lah boleh menaip laptop dari atas kerusi, enak rasa pinggang dapat duduk diatas kerusi. Rasanya kerusi kanvas ni juga nak aku bawa ke masjid subuh esok, boleh duduk masjid lama sikit sambil membaca al Quran.

Ikut rancangan Ustaz, esok lawatan ke ladang unta, museum Islam dan miqat di Hudaibiyah bagi jemaah yang nak buat Umrah, tapi setakat ini belum ada pengumuman mengenainya.
Hari ini Rabu 24 September. Malam tadi balik dari Makkah Tower dan lepas menulis jam 1.00 pagi aku demam menggigil, pakai baju 2 lapis, tutup aircon pun masih menggigil. Aku telan 2 biji Nurofen yang di beli di London. Sedar jam 3 pagi, Pip buka nasi beryani kambing yang di beli di aras 1 Makkah Tower, makan sikit maklum dah sejuk dan tengah demam pula tu, langsung tidur. Tak naik ke aras 6 pun untuk sahur. Entah ada lawatan hari ini saperti yang di sebut ustaz, kami pun tak tahu kerana sekarang dia main tampal kat dinding aras 6. Kalau ada pun taka pa, kami pernah pergi ladang unta, hudaibiyah dan museum yang menempatkan plak dari Dato Dr Mashitah Ibrahim semasa lawatannya ke situ beberapa tahun sabelum itu.

Pasal demam ni aku memang rasa aku akan kena demam. Cerita ni begini. Ada la satu couple ni, isterinya gemuk dan gelap, suaminya slim tinggi. Masa di Changi, semasa Pip window shopping aku menunggu di Burger King. Aku pakai baju biasa, se,uar dan baju lengan panjang dengan laptop aku. Couple ni datang dan duduk 5 meja dari meja aku duduk. Si suami ni saja aje mengunyah, ni kan bulan puasa, kalau isteri mengunyah munkin dia uzur. Memang betul aku nampak mulutnya mengunyah. Aku tak cerita ni pada sapa-sapa, tu namanya mengumpatkan.

Sampai di Madinah isterinya memberitahu bahawa suaminya demam menggigil. Dalam hati aku, padan muka, masa kat Singapura tak puasa. Ni sure kes kena paksa pergi Umrah. Lepas tu aku istighfar, minta ampun pada Allah atas sangka buruk aku tu. Malam tadi betul-betul aku yang demam menggigil. Sekarang ni dah mula kebah, tapi masih pakai 2 lapis, pakai gebar masa duduk atas kerusi kanvas baru beli, sambil menaip artikel ni.

Malam ni malam khamis 25 Ramadan, munkin malam lailatulqadar. Malam Sabtu 27 Ramadan, aku masih berada di bumi Mekkah ini. Malam Isnin malam 29 aku dah dalam pesawat, flight jam 7.40 dari Jeddah ke Singapura, munkin transit di Riyadh. So kena solat hajat bagus-bagus malam ini dan malam Sabtu di Masjidilharam, orang sure ramai so kena masuk awal. Ada orang kata pada malam-malam tu munkin kena solat di tengah jalanraya, nak masuk perkarangan Masjidilharam pun dah jam. Pun boleh doa banyak-banyak masa dalam flight balik tu.

Ada sahabat sms minta belikan jam Al Fajr yang ada waktu solat dan laungan azan, katanya di jual di aras 2 hilton, Makkah Tower le tu. Bertuah dia semalam aku tanya dia senyap kalau dia bagi tahu semalam, boleh aku beli masa beli beryani malam tadi. Taka pa, aku akan tengok-tengok di kedai buku sekitar Masjid Kucing kalau-kalau ada. Makkah Tower tu jauh juga dari hotel Najd ni, hampir 1 kilometer. Kematu tumit aku bila balik malam tadi. Siap dengan demam sekali. Kalau ada rezeki dia, ada lah.

Tapi pakai jam Rolex emas dapat dosa, pakai jam Al Fajr ni saja dah dapat pahala. 6 tahun dulu aku beli jam Casio yang ada waktu solat bandar-bandar dunia, sangat tepat hingga sekarang. Tapi tak ada laungan azan. Aku beri sabuah kapada sahabat aku saorang Timbalan Menteri, masa tu dia Exco kerajaan negeri Johor. Hari tu aku terserempak dia di surau Mandarin Oriental KL, masa tu pulak aku pakai jam Casio tu. Dia tepuk belakang aku, katanya aku begitu setia pakai jam itu, dia pakai sesekali aje.

Aku kira, siapa yang pakai jam jenis tu akan dapat pahala memakai dan aku tumpang pahala dia juga satiap kali dia pakai. So aku akan cari jam tu sampai dapat, wa’imah kena berjalan 1 km ke Makkah Towers.

Rul sms katanya Pak Lah ambilalih Defence dari Najib, Najib heads Finance. Confirm Pak Lah tak percayakan Najib, takut Najib guna Army untuk kudita Negara. MK 2 masih lagi Nor Mohamad Yaakob , agaknya. Rumours has it that he and Najib don’t get along well.
Rul sms lagi CPO hari ini RM2300, turun sikit dari RM2400 semalam, harga PK hari ini RM1380. September dah jual 4000 tan CPO dan 1500 tan PK. GP 124 K satakat ni bagi bulan September 2008. Alhamdulillah.

Tengahhari ni masih tak sedap badan, sejuk dan sikit-sikit menggigil. So solat zohor dan asar di bilik sahaja. Lepas asar Ustaz talipon ajak pergi ke Aziziyah untuk beli nasi beryani kambing special arab. Kami turun dan ambil teksi untuk ke Dapur Hyderamaut, perjalanan 15 minit dan tambang teksi SR30.

Yang specialnya adalah kambing dan ayam di bakar diatas batu granite yang di susun rapat-rapat, maka masaknya daging adalah kerana kepanasan batu, bukan dari api yang panas. Di depan kanan perkarangan restoran itu, 3 orang juruwang sedia menerima tempahan dan bayaran pesanan. Kami bayar 10 bungkus SR35 satiap satu bungkus. Pesanan di ambil di kiri restoran yang telah siap di bungkus di dalam foil, 2 plastik semuanya untuk 10 bungkus tadi. Di tengah-tengah perkarangan di antara dapur dengan pagar depan terdapat 4 permaidani besar sedia untuk solat beramai-ramai. Balik kami tahan “prebet sapu” dan di kenakan bayaran SR20.
Sedap tak sedap, cukup tak cukup kita kena tunggu waktu berbuka puasa nanti. Aku pesan Pip, kalau tak cukup atau tak puas, kita pergi makan kat restoran itu malam esok salepas terawikh, insyaallah.

Salepas makan malam di aras 6, Ustaz membawa nasi dan kambing arab yang entah apa namanya, dan kami makan bersama-sama. Daging kambing potong di masukkan dalan dua atau 3 buah bekas dengan nasi 3 atau 4 buah bekas dan sambal tomato dan kuah berupa macam yogurt putih. Sedap walaupun tiada kari atau dalca.

Aku naik turun semula ke bilik dan minta Pip picitkan tapak kaki. Aku beritahunya aku nak tidur dan nak bangun jam 3 sebab nak buat qiamulail. Di dalam tidur aku bermimpi Alif datang menjemput aku dalam keretanya, katanya Abah minta bawa sabuah kereta ke KL, aku Tanya kenapa, dia kata kereta Abang accident sikit. Aku Tanya how bad, katnya putus dua. Aku bising sebab aku kata, Abang ni reckless dan dah 8 kali accident. Aku kata aku tak nak bayar kerosakan kereta bukan kerana wangnya tapi aku nak dia merasa susah dan akan lebih cermat dalam pemanduannya. Aku tanya lagi, how bad keadaan Abang, katanya munkin sadikit luka. Aku tanya macam mana Shikin, Alif kata, tanya sekali lagi. Aku tanya lagi how’s shikin, dia kata Shikin meninggaldunia dalam accident tu. Aku terus pengsan, bila sedar aku kata Shikin tu budak baik, kenapa Allah mengambilnya dulu. Terbayang dalam mimpi, aku akan ke rumahnya memberitahu ibunya, rumahnya macam di lokasi rumah Long Wan. Sabelum aku Tanya, macam mana Adam dan ‘Ammar, aku dengar suara cucu-cucu aku tu datang mendapatkan aku, baru itu aku tersedar, tengok jam pukul 10.33 malam. Alhamdulillah, rupa-rupanya mimpi.

Ni nak kemas dan nak solat isya’ dan solat terawikh di bilik hotel saja. Pun begitu solat terawikh buat 8 rakaat saja, jangan di perdebatkan 8 atau 20, janji buat. Rasulullah buat solat terawikh 8 rakaat sahaja, sebab Baginda takut umatnya akan menganggap solat terawikh itu wajib, ia sunat sahaja. Lepas itu nak buat solat quamulail di masjid pukul 3 pagi macam mana aku selalu buat di Malaysia.

Pagi ni Khamis, Pip balik dari solat malam Masjidilhatam 3.05 pagi. Aku yang memang dah bangun, terus ke bilik mandi, pakai jubah putih bawa sejadah, kerusi, air zamzam dan roti dengan cheese terus ke masjid. Dalam lift nak turun ada sikit insiden. Aku masuk lift, ada wanita arab gemuk di kanan aku belah belakang. Sampai di aras 1 masuk satu lelaki Melayu dan 2 wanita Melayu yang nak naik tetapi masuk lift ikut turun bawah. Tiba di tingkat bawah, pintu lift terbuka dan ramai nak masuk. Satu wanita Arab tua nak masuk sedangkan aku dan wanita arab gemuk nak keluar. Wanita arab tua sungguh-sungguh nak masuk, aku suruh lelaki Melayu tu keluar dulu biar aku boleh keluar. Dia tak nak, katanya kalau dia keluar, nanti orang lain masuk. Apa nak jadi ? Bila aku bulatkan mata, kedua-dua wanita tua arab dan lelaki Melayu keluar, lalu aku dan wanita gemuk tu pun keluar lift. Hampir-hampir gaduh.
Moral of the story ? Nama aje pergi umrah, tapi tiada semangat bertolak ansur, berebut-rebut, nafsu-nafsi tetap sama.

Masuk masjid ikut aras 1 marwah, macam biasa dan dapat spot lampu hijau – iaitu dimana tawaf mula dan berakhir. Dapat buat qiamulail, betul-betul mengadap hajarulaswad dan pintu ka’bah. Aku bermula dengan solat tahyatul masjid, solat tahajjud, solat taubat tapi kali ni letih dan tak buat solat sunat tasbih. Solat sunat hajat, lepas fatihah rakaat pertama aku baca ayat kursi 3 kali, lepas fatihah rakaat kedua aku baca qul huallah hu ahad sebanyak 7 kali. Di sujud akhir sabelum bangun untuk baca tahiyyad akhir, aku baca laila hailla anta subha naka inni kuntu minazzalimin, patutnya 40 kali diikuti dengan doa dalam hati dalam bahasa Melayu.

Tapi baru baca 10 atau 11 kali, aku rasa ada tangan menyucuk perut kiri aku beberapa kali tanda menyruh aku jangan sujud lama-lama. Sabelah kiri aku ada memakai ihram. Aku pendekkan bacaan itu setakat 10 atau 11 kali itu, untuk aku beri ruang untuk berdoa dalam hati. Pun masa berdoa dalam hati ketika sujud akhir itu, aku rasa tangan tadi menyucuk perut aku suruh berhenti sujud. Lepas solat hajat aku pandang kiri, pak arab tadi buat muka saja. Nak aku tanya, aku tak reti bahasa dia. Aku diam aje, dia tak pun offer penjelasan mengapa dia jolok perut aku tadi.

Masaalahnya, adakah sujud lama-lama begitu bersalahan dari hukum agama Islam, atau bersalahan dengan mazhab dia berbanding Mazhab Shafie yang kita anuti dan ikuti ? Sedangkan amalan solat hajat yang aku buat itu begitu meluas di JB dan di buat pada 10 malam terakhir bulan Ramadan khasnya. Ini kena tanya ulil ‘am, para alim ulama’.

Bercakap tentang laila hailla anta subha naka inni kuntu minazzalimin, aku memang mengakui hakikat bahawa kita memang orang yang zalim, apa tidaknya, satelah kita di berikan berbagai kemewahan dan kesihatan, kita tidak betul-betul bersyukur dan secara sengaja tau tidak, mengingkari perintahNya. Tak zalim tu ? Sabenarnya kita tk layak pun di panggil Hamba Allah, kalau hamba di panggil akan terus meluru mendapatkan tuannya. Tapi kita, bila di panggil dengan azan, kita buat-buat leka dan hanya solat di hujung waktu solat tersebut. Tu bukan Hamba Nya, munkin taraf kita lebih bawah dari hamba.

Sambil duduk-duduk samentara nak balik hotel, aku tengok puncak-puncak Tawheed Intercontinental Hotel yang boleh di lihati dari lokasi aku duduk. Terasa hati tahun 2009 aku nak buat umrah 2 malam sahaja dan menginap di hotel itu. Munkin terbang malam dengan memakai ihram dari KL atau Singapore, berniat umrah di dalam pesawat dan sampai di Jeddah subuh esoknya jam 3 pagi. Aku berehat sakejap dan solat subuh di KAA sabelum sewa teksi di lapanganterbang KAA Jeddah menuju ke Mekkah dan terus buat tawaf dan sa’ie satelah meninggalkan bagasi di lobi hotel. Katalah semuanya siap bercukur lepas 3 jam, katakan jam 11 pagi, terus check in hotel dan rehat. Esoknya dan lusanya buat umrah lagi, umrah ketiga boleh di buat sabelah pagi kalau ada tenaga, dan tawaf wada’ di buat salepas solat zohor jam 1 tengahhari (di jamak qasar dengan asar) dan terus naik teksi dari Mekkah terus ke Lapanganterbang KAA.

Check in pukul 4 petang dan pesawat berangkat jam 7.40 ke Singapura. Umrah 2 malam akan mengambil kos RM3000 x 2 untuk tambang, dan RM700 x 2 untuk penginapan, lain-lain Cuma tambang teksi serta makan minum selama 3 hari. OK sangat tu. Itu rancangan salepas Mac 2009 apabila YPJPI telah mula menjual biofuelnya samada dalam negeri atau keluar negeri.
Lepas solat jenazah, aku buka kerusi baru warna hijau dan duduk mengaji – enaknya, tak sakit pinggang. Aku keluar masjid melalui escalator di belakang tempat aku duduk tadi, turun ke aras bawah dan keluar masjid melalui tempat favourite aku berbuka puasa iaitu di tepi tembok tinggi istana.

Cuaca memang panas di sini. Masa keluar tadi jam 5.54 pagi, suhu adalah 34 darjah selsius sebagaimana yang di paparkan di papan letronik di luar masjid. Ada jemaah berkata, kenapa Masjidilharam tak sediakan kipas berair saperti di Malaysia, tentu akan membantu jemaah menjadi lebih selesa. Di ruang dalam masjid memang ada kipas, tetapi hanya angin panas yang kita rasa, tersangat bahang. Apa lagi ketika kipas tidak berfungsi, macam dalam ketuhar. Di ruang open air keliling Ka’bah juga panas, walau pun pada jam 3 pagi. Yang rasa cuma suhu badan jemaah, langsung tak rasa angin sejuk pagi. Munkin kerana cuaca panas, atau ramai jemaah atau munkin Masjidilharam kini dikelilingi banyak bangunan yang tinggi-tinggi mengepung angin sejuk. Kalau dulu hanya ada Makkah Tower, kini ada Tawheed Intercontinental di sabelah kanannya dan sabuah hotel/apartment entah apa namanya di kiri Makkah Tower yang dulunya adalah kawasan lapang dan Hotel Aziz Kooger di Ajiat.
Jam 10 pagi meeting mengenai balik ke Malaysia di adakan di Aras 6. Ustaz memberi penerangan, sabelum 2.30 pagi Ahad barang di letakkan di luar bilik untuk di angkat oleh pekerja Indonesia ke lobi hotel dengan bayaran SR15 saorang sahingga barangan di dan terus ke check in. Tawaf wada’ boleh di buat lepas solat subuh jam 6 pagi, balik ke hotel, bas akan sampai sabelum jam 8 pagi, samapi di Jeddah solat zohor di Masjid Terapung.
Flight jam 7.40 malam, makanan berbuka puasa tidak di sediakan jadi kena beli sendiri Lapanganterbang Jeddah dan check in jam 3 petang. samada di Mekkah atau di lapanganterbang Jeddah. Makanan berat di beri di dalam pesawat. Di jangka sampai di Changi jam 11.40 pagi, dan bagi yang menaiki bas akan sampai di Masjid Abu Bakar JB jam 2.30 petang.
Oleh kerana makanan berbuka puasa tidak di sediakan, aku rasa macam nak sponsor. Ikut umrah yang lalu, juga di bulan Ramadan, makanan di KAA sangat mahal, sakeping croissant berharga lebih SR10 kesian orang yang datang berkeluarga dan biasanya cash dah kehabisan bila sampai di KAA. Pip cadangkan bayar kapada tukang masak Indon hotel untuk mereka buat paket nasi, ikan goring sadikit sambal dan timun. Itu agak menyusahkan.

Katakan bagasi sudah di punggah dan di check in mulai jam 4 petang. Waktu berbuka puasa adalah 6.16 petang, nak solat maghrib dan isya’ jama qasar di KAA (lapanganterbang King Abdul Aziz, Jeddah), jam 7 malam paling lewat dah kena masuk melalui imigeresen dan menuju ke Gate. Kadang-kadang di suruh masuk lebih awal sebab mereka tak mengunakan air bridge tapi guna bas untuk bawa jemaah ke pesawat. Dulu ada bas yang badannya boleh turun naik. Hari tu masa mendarat di KAA kami di bawa ke terminal dengan bas biasa yang lantai rendah. Ada ke masa nak bagi-bagi paket makanan nasi sabelum melepasi imigeresen.

Fikir balik macam ada masa, makan jam 6.15 kemudian terus melintas melepasi imigeresen dan solat di dalam, dekat gate sabelum menaiki bas ke pesawat. Pak Arab ni pasal solat mereka tak bising-bising walau pun lewat berangkat, pernah pesawat kami yang lalu lewat berlepas ½ jam sebab ada jemaah yang belum selesai solat. Pesawat tak ada masaalah, kalau lewat ½ jam pilot boleh bawa lebih laju dan sampai tepat pada masa yang lebihkurang sama. Kat atas tu bukan ada traffic jam, satiap pesawat ada laluan dan ketinggian yang tersendiri. Insyaallah.

Aku cadangkan kita minta Mat Indon pekerja hotel belikan kotak makanan yang selalu pak arab derma di masjid yang mengandungi air mineral, air oren, kurma, roti dan baulu pada petang sabtu, dan bahagikan di KAA sebelum jam 6 petang. Jemaah boleh membatalkan puasa dengan makanan tersebut dan tunggu makanan berat dalam pesawat 2 jam salepas penerbangan lebihkurang jam 9.40 malam. Aku pasti jemaah-jemaah ada membawa bekalan sendiri untuk berbuka puasa.

Berbuka puasa hari ni Pip nak makan kambing beryani. Aku turun ke restoran bawah hotel dimana beryani kambing dan ayam di jual dengan nasi dan roti. Nak order tak berapa reti so aku minta lamb dengan nasi. Bayar dulu di cashier SR20, resitnya bawa ke tukang serve, balik ke bilik hotel bila buka rupanya dia bagi daging kambing 6 ketul masak sop, nasi yang banyak macam boleh di makan 4 orang dan roti bulat nipis 2 keping. Hairan juga nasi beryani makan dengan sop kambing. Aku juga beli 4 kotak jus oren, 2 botol mineral water dan 2 tin pepsi, cuma SR8. Di sini minuman di jual round figure, SR1 atau SR2 tiada SR1 dan 50 halalah, katakan. Contohnya pepsi tin SR1, mineral water SR1, jus oren SR1. Dan beginlah harganya masa aku last pergi Umrah 4 tahun lalu.

Bila azan di laungkan kami makan, nak bagi flavour, Pip masukkan serunding daging. Sedap rupanya, nasi yang aku sangka banyak sangat tadi, akhirnya cukup-cukup untuk kami makan berdua. So jangan underestimate masakan pak arab, walaupun tak ada dalca, kari atau kormak, sedapnya standing. Lepas solat Pip naik de dewan makan di aras 6, ambil daging kambing masak merah untuk di makan dengan roti tadi.

Hari ni Khamis, esok cuti mingguan untuk banyak negara telok. So kita boleh agak pasti jam, jam kereta di tengah jalan dan jam jemaah ke masjid, malam ni, sepanjang hari esok sahingga solat malam esok. Ditambah dengan esok, Jumaat terakhir sabelum Hari Raya Aidil Fitri dan pasti ramai yang telah mengambil cuti tahunan sahingga hari raya, pasti keadaan menjadi kelam kabut. Ada yang kata munkin esok kita solat Jumaat di tengah jalan depan hotel, kecuali kita masuk masjid jam 9 pagi walhal azan Jumaat jam 12.15 tengahhari !

Bercakap pasal hari raya, di negara kita dah mula budaya tak berpuasa dan ibubapa buat-buat tak Nampak samada anak-anak mereka khasnya yang dah bekerja, tidak berpuasa. Kalau tak berpuasa, mana nak menyambut hari raya. Bila kemeriahan berpuasa tidak di sambut dengan kemeriahan hari raya, cuti hari raya hanyalah merupakan saperti cuti krismas atau cuti deepavali atau kong hee fatt choi. Pun gitu ada yang berpuasa, anak-anak mereka berpuasa tetapi solat sunat aidilfitri tidak di tekankan, yakni mereka tidak membawa anak-anak mereka untuk ke masjid untuk solat hari raya aidilfitri. Bila anak-anak mereka berumahtangga, apakah kemunkinan cucu-cucu mereka akan berpuasa dan berhari raya ? Adakah cucu-cucu mereka akan beraya di langkawi, Australia atau UK.

Kepercayaan kapada Tuhan merupakan rukun negara yang pertama, dan kepercayaan kapada Tuhan melibatkan pelajaran ugama beserta penekanan ugama oleh ibubapa semasa anak-anak di rumah. Munkin kerajaan sudah menyediakan pelajaran agama, tetapi kini semua itu telah terabai apabila pemimpin begitu banyak berpolitik saolah-olah politik mengatasi segala-galanya khasnya kepentingan ugama dan masa depan anak-anak. Kita terlalu banyak berpolitik sahingga kita tak tahu siapakah yang memikirkan tentang anak-anak dan pelajaran ugama mereka. Atau pelajaran agama setakat sebagai pelengkap kapada persekolahan anak-anak, anak orang pergi sekolah agama, anak kita pun pergi sekolah agama.

Adakah apa yang di ajar di sekolah agama berjaya di terapkan sebagai addin atau sebagai cara hidup anak-anak, melahirkan budaya mantap, bekerja kerana Allah dan jijik kapada yang haram dalam apa bentuk sekalipun. Bila kita gagal di dalam hal ini, di khuatiri di masa depan munkin anak-anak kita pandai-pandai tetapi nilai murni mereka boleh di pertikai bila mereka punya sifat “pat-patnya siapa dapat dia punya” atau “membujur lalu melintang patah”. Maka banyaklah “white collar crime” selain dari dan tambahan kapada “blue collar crime” yang sangat berleluasa dan dah macam makan nasi hari-hari. Aku cakap pasal values – sekolah, ibubapa dan pemimpin memainkan peranan.

Bila orang kita banyak sangat berpolitik, kita menjadi lemah. Di antara orang kita sendiri kita berpecah, di dalam budaya kita juga kita kosong dan lompong, orang-orang mereka mula naik kepala mendesak itu ini kerana dia tahu desakan mereka akan membawa kesan positif kapada mereka kerana kita tak mampu melawan dan mereka tahu itu semua. Akhirnya kita kerugian di dalam segala hal, mereka untung di dalam segala hal. Kalah sorak kampong tergadai. Dah jatuh di timpa tangga.

Pagi ni Jumaat 26 September, sahur jam 2.50 pagi makan nasi goring, sedap. Pukul 3.30 pagi turun lift nak ke masjid, terjumpa ustaz, katanya Tiram JB confirm petang Ahad di KAA akan di sediakan makanan paket untuk semua jemaah. Aku bagi dia SR100 untuk beli kacang pool untuk makanan jemaah berbuka puasa hari ini, sejak semalam asyik sebut-sebut kacang pool arab sedap.

Masuk masjid jam 4 pagi, lalu lorong sabelah tembok besar istana menuju ke escalator ke aras 1 ke lokasi favourite aku dekat dgn permulaan/akhir tawaf juga dekat dengan bukit safa, iaitu di lokasi semalam Cuma bukan saf pertama dalam kepungan tapi saf 4. Kepungan barricade ini di buat supaya jemaah dapat mengosongkan kawasan lorong tawaf di antara barricade itu dengan railing tepi aras 1 tapi salepas qamat, lorong ini juga penuh dengan jemaah bersolat. Kalau dulu jemaah banyak berjalan kaki untuk tawaf sekarang bukan sahaja banyak kerusi roda serupa di hospital yang di gunakan oleh jemaah untuk tawaf di tolak samada oleh waris sendiri atau oleh budak-budak upahan, malah kini dah ada motorised wheel chair bernombor, yakni kepunyaan masjid tapi tak tanya pula berapa sewanya.

Saperti biasa aku mulakan dengan solat tahyatulmasjid, solat tahajjud, solat taubat dan solat hajat. Dalam solat hajat aku buat macam biasa, dalam sujud akhir aku baca lailahailla..... 40 kali dan doa dalam hati, tapi kali ni tak ada pulak pak arab yang menegur cara cucuk aku untuk menyuruh aku percepatkan sujud. Cuma aku teringat solat hajat semalam aku , tapak tangan dan siku aku di atas lantai, munkin itu yang objectionable. Hari ni hanya tapak tangan saja di tas lantai, siku di udara. Pip pula kata, siku memang tak boleh atas tanah kerana itu sujud menyerupai binatang. Aku tahu sujud memang hanya tapak tangan di lantai, tapi dek kerana bacaan banyak dengan doa mengambil masa yang lama, aku letak siku di lantai sebab penat dan aku ingat tu tak lah sangat. So kena ingat, masa sujud hanya tapak tangan di lantai, siku di udara. Mengikut riwayat, Rasulullah sujud dan nampak ketiaknya.

Masa azan subuh ramai pulak jemaah yang memvideokan suara azan dengan pandangan ka’bah. Entah kenapa dulu, walau mengambil gambar luar hotel tidak di benarkan. Sekarang mengambil gambar dengan video di dalam masjid pun tiada kekangan. Satu lagi hal, masa sampai ke Mekkah dan baru nak buat tawaf, pemuda JB mutawwif bila di Tanya mengenai pengunaan talipon berkamera di dalam masjid, berkata, pandai-pandailah saolah-olah ada larangan tetapi pandai-pandailah menyorok handphone kamera. Sedangkan masa masuk masjid sekuriti langsung tidak memeriksa kandongan bag atau merampas talipon berkamera, malah pengunaan phone kamera didalam masjid begitu meluas. Takkan dia tak tahu hal ini, dan kenapa nak menakut-nakutkan jemaah.

Lepas solat jenazah aku pergi ke depan dan berdiri di railing untuk melihat jemaah tawaf keliling Ka’bah, dar aras 1 dapat di lihat hampir ¾ dari ruang open space keliling Ka’bah di penuhi oleh jemaah bertawaf. Dari atas memang pemandangan itu mengasyikkan khasnya bila berdiri mengadap pintu Ka’bah. Jemaah memulakan dari Hajarulaswad berjalan arah kanan aku berdiri sambil beristilam di penjuru Hajarulaswad, penjuru pertama, diikuti dengan penjuru kedua dan ketiga Ka’bah di antaranya adalah Hijir Ismail dan langsung ke penjuru ketiga.

Bila sampai penjuru ketiga ini yang di panggil Rukun Yamani, jemaah akan istilam dan melambai Rukun Yamani dengan bacaan “Bismillahi allah huakbar” sakali tanpa menyaku tapak tangan ke muka. Salepas itu jemaah akan membaca doa “Rabbana aatina fiddunya hasanah wafil aakhiroti khasanah waqina ‘aza bannar, wa’ad khil jannata ma’al abrar ya aziz ya ghoffar yaa rabbal ‘aa lamin” sahingga sampai ke penjuru pertama Hajarulaswad dan beristilam 3 kali dengan menyapu tapak tangan ke muka, dan teruskannya selama 6 pusingan lagi.

Bila melihat dari atas, jemaah bertawaf kita lihat semacam air berpusar di keliling batu hitam yang besar. Gerombolan dari Yukun Yamani ke penjuru Hajarulaswad kelihatan berwarna hitam dari atas saperti air yang kurang bersih saperti air yang di penohi kekotoran dan tongkol-tongkol kayu. Salepas melepasi penjuru Hajarulaswad, mereka kelihatan dari tempat aku berdiri saperti air bersih berwarna putih bukan lagi warna hitam saperti sabelum sampai penjuru Hajarulaswad. Sabenarnya dari tempat aku berdiri, gerombolan dari Rukun Yamani hanya kelihatan kepala dan badan dak kurang kelihatan warna putih warna ihram yang mereka pakai.

Jangan lupa ihram bagi lelaki ketika tawaf, di tutup hanya sabelah kiri bahu manakala bahu kanan terdedah dan kelihatan kulit bahu masing-masing. Salepas Hajarulaswad, belakang ihram mereka lebih kelihatan sahingga mereka sampai penjuru ketiga. Salepas itu antara penjuru ketiga dengan Rukun Yamani tentu mereka tidak kelihatan kerana di lindungi oleh Ka’bah. Itu yang mereka di lihat dari atas semacam air kurang bersih sa belum Hajarulaswad dan semacam air bersih salepas itu.

Teringat aku saorang Ustaz berkata, tawaf ini membersihkan hati dan jantung kita sapertimana darah kotor memasukki jantung dan keluar dari jantung sebagai darah bersih.
Keluar masjid jam 6 pagi ikut lorong sabelah tembok besar istana lagi, udara di luar lebih nyaman dari di dalam masjid. Sabelum naik ke bilik hotel, aku menyusur kedai nak beli seluar arab. Rupanya harganya tetap SR10 saperti 4 tahun dulu, aku beli 5 helai buat pergi masjid solat waktu di JB.

Hotel Najd ini adalah merupakan bangunan terakhir di dalam blok yang pertama kalau kita berjalan dari masjid. Yang sabelumnya semua telah di robohkan dan tanahnya sedang di ratakan, untuk samentara waktu di jadkan tempat solat dan brbuka puasa dan bersahur untuk jemaah Timor Tengah khasnya. Untuk menuju ke hotel ini kita kena melalui disabelah kanan jalan menyusuri KFC, House of Donut, restoran yang menjual beryani dengan sop kambing semalam, yang semuanya mengeluarkan bau-bau yang mengoda tekak kalau lalu di situ salepas solat zohor dan asar.

Lepas sikit dari hotel ni ada banyak kedai-kedai runcit, kedai baju, kedai kurma, kedai emas dan di ikuti dengan Gazzaz apartmen tempat penginapan aku musim haji 1995. Depannya adalah masjid kucing, masa tu lah jemaah mengaku kucing dan tikus, kucing bagi jemaah yang solat waktu di masjid kucing dan tikus bagi mereka yang solat waktu di bilik masing-masing kerana cuaca yang sangat panas masa tu. Eh, dah cerita sabelum ni ke ? Nasib lah.
Dapat sms presentation Iskandar akan di buat lepas raya. Lega. Ikin pula talipon nangis teresak-esak, abang paksa dia balik hari ni Jumaat, sedangkan ada yang nak tumpang dia untu balik Sabtu. Said OK to that, 3 orang yang tumpang kereta Ikin kena bayar duit minyak kereta dan duit tol. Semua dah bayar, katanya. Its not the money, saja aku tak mau orang take advantage of her.

Saperti yang di jangka, ramai jemaah semasa solat Jumaat. Di perhatikan Imam tidak mngimamkan solat dari bilik cermin di kanan Hajarulaswad kalau kita berdiri memandang ke Bukit Safa dari Hajarulaswad. Tiga khemah samentara khas untuk solat Jumaat di dirikan belakang sadikit dari Maqam Ibrahim, yang depan untuk Imam dan 2 di belakang untuk pembantu-pembantunya. Bumbung khemah empat segi tiap-tiap satu berwarna hijau. Yang hairannya jemaah tak kisah untuk duduk di ruang open air keliling Ka’bah di atas marble floor yang panas ketika mendengar khutbah dan solat Jumaat tadi. Dan tentu sekali orang bersesak-sesak di dalam cuaca panas dengan suhu melebihi 40 darjah selsius bila keluar masjid.

Alif sms sakejap tadi banahawa abah di masukkan ke Puteri Specialist Hospital tengahhari tadi, Jumaat 26 September kerana batuk yang teruk malam sabelumnya. Doktor kata infection of the lungs, penyakit hepatitis B yang abah hidapi selama ini dan dah berapa kali masuk hospital. Setakat jam 9 malam Alif masih bersama abah, dah masuk tubes dan drips dan setakat jam 9.30 abah sedang tidur. Ni yang tak berapa sedap ni. Aku dah baca yaasin 3 kali depan pintu ka’bah, dah solat sunat syukur masa abah sembuh masa baru sampai Mekkah, dah buat solat hajat mendoakan dia sembuh dari semua penyakitnya dan doa jangan di biarkan dia menderita begitu.
Tak tahu apa nak buat sekarang, rasanya nak keluar ke depan ka’bah semula dan berdoa semula. Sekarang jam 4.53 petang, maghrib jam 6.16 petang, kalau keluar sekarang boleh masuk terus ikut pintu Bukit Safa yang ada escalator dan boleh cari tempat dekat tempat permulaan tawaf di aras 1. Itu pun kalau ada tempat lagi, maklum ini hari Jumaat.

Pagi tadi salepas solat subuh pun ramai jemaah dah book banyak tempat di situ dengan cara membentangkan sejadahnya tapi jemaahnya entah ke mana. Kalau tidak, gunakan escalator ke bawah dan cuba cari tempat di aras bawah, juga di tempat mula tawaf tapi aras bawah ni biasanya sibok sebab ramai jemaah lalu lalang untuk pergi ke Bukit Safa untuk mengerjakan sa’ie. Kalau dapat tempat pun, sure sempit dan tak selesa nak duduk lama hingga berbuka puasa jam 6.16 petang. Masaalah aku hanya pasal buang air kecil, kalau aku masuk masjid awal sangat nanti akan terasa nak buang air kecil dan terpaksa keluar cari tandas dan kena ambil wudu’ sekali lagi. Bagusnya, aku masuk 1 ½ atau 2 jam sabelum masa habis solat berikutnya.

Maknanya kalau maghrib jam 6.16, selesai solat maghrib jam 6.50, aku akan masuk masjid lepas jam 4.50 petang. Ni dah pukul 5 petang, aku kena kencing puas-puas, berdehem 3 kali, ambil wudu’ dan masuk masjid.

Pukul 5.15 aku dah turun lift hotel, 1 jam sabelum waktu berbuka puasa. Aku bawa sejadah, 2 naskah Quran yang nak di waqafkan ke masjid, kurma basah dan air zam-zam. Tiba di luar perkarangan masjid lokasi aku sellau buka puasa sabelum ni, jemaah dah memenuhi seluruh kawasan sabelah tembok besar istana, sempit dan tak munkin boleh menyelitkan wa’imah saorang pun. Tak ada masaalah sebab aku memang nak berbuka puasa mengadap Ka’bah. Aku masuk pintu Safa yang ada escalator terus naik ke aras 1. Dapat tempat favourite, 10 kaki salepas garisan mula tawaf dan terus aku bentangkan sejadah. Sempat baca yaasin 3 kali dan berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa dan menyembuhkan penyakit abah dan emak.

Masa mengaji tu ramai yang datang memberi sedekah, orang pertama memberi sagelas plastic korma termasuk 3 korma California yang panjang, orang kedua memberi cheese yang tiga segi tu, orang ketiga beri sagelas air zamzam. Sabelum azan aku offer korma basah yang aku bawa, saorang sahaja mengambil 5 biji, yang lain mengambil sabiji saorang tanda hormat. Aku sempat mengambil video lokasi aku duduk sabelum solat maghrib.

Aku sms Alif, katanya abah tidor dan Ani menemankan abah tidur, macam biasa, katanya. Lepas solat maghrib ada solat jenazah dan aku terus pusing ke belakang dan turun escalator untuk balik ke hotel. Tiba di hotel kena tunggu ½ jam untuk mendapatkan lift naik ke atas. Makan malam di aras 6 dan rehat di bilik samentara menunggu solat isya’ dan solat terawikh. Mala mini malam 27 Ramadan, jadi mesti buat qiamulail jam 3 pagi nanti.

Sudah beberapa hari BBC melaporkan tentang credit crisis di Amerika Syarikat, bagaimana Lehman Brothers dan yang terakhir Washington Mutual (WaMu) telah kesempitan wang bila peminjam gagal membayar ansuran pinjaman masing-masing di tambah dengan “run on the bank” iaitu apabila penyimpan berebut-rebut mengeluarkan simpanan masing-masing. Presiden Bush sedang mendapatkan sokongan Kongres untuk menyuntik US$700 billion bail-out package untuk menyelamatkan institusi kewangan.

Isunya adakah wajar wang pembayar cukai di gunakan untuk menyelamatkan institusi kewangan persendirian, masa senang penyimpan dan pemegang saham menikmati menafaat, bila susah kerajaan pula perlu membantu institusi kewangan. Tapi itu bukan geran tetapi pinjaman Kerajaan kapada mereka. Bagaimana jika mereka gagal membayarnya, kan wang rakyat juga yang di gunakan untuk bail-out demikian. Setakat ini Republican dan Demokrat di House of Senate sedang berbincang kearah rescue package ini.

Krisis kewangan jenis ini pernah kita alami 10 tahun dahulu. Rakyat di minta untuk menyerahkan simpanan emas kapada kerajaan, GLC kerajaan member pinjaman untuk memberi keyakinan terhadap institusi kewangan, Alhamdulillah di zaman Mahathir itu, negara berjaya keluar dari krisis tersebut. Adakah Amerika Syarikat yang mengunakan polisi fiscal demikian dapat keluar dari krisis kewangan, dan kalau kita sakali lagi menghadapi krisis demikian adakah pentadbiran Pak Lah mampu menanganinya sapertimana Mahathir dahulu ?

Masa sahur staff UTM tu ada menyebut mesyuarat MT minta Pak Lah undur, tapi aku malas nak menyampuk pukul 3 pagi tu. Malas nak mulakan polemic. Dia tanya aku adakah betul saorang Tun tidak boleh di dakwa kalau buat kesalahan? Mana ada undang-undang macam tu.

Masuk masjid jam 3.30 pagi, jalan di luar hotel sampai ke pintu masuk favourite aku sesak dengan jemaah, lebih ramai dari hari paling sesak di pasar Ramadan BBU. Aku dapat duduk 10 kaki dari garisan permulaan tawaf. Buat qiamulail, hari ni tak ada orang ganggu macam malam sabelumnya. Dapat juga ambil video guna handphone PDA aku, video dari tempat aku duduk yang menunjukkan jemaah mulakan umrah, aku diri sabelah sekuriti memvideokan ka’bah dan jemaah sedang tawaf memenohi ¾ ruang keliling ka’bah dan video semasa azan subuh jam 4.52 pagi itu.

Alif sms yang abah lenyak tidur malam tadi dan batuknya dah berkurangan, Alhamdulillah. Kata sms nya lagi Muhyiddin, Rais, Ku Li dan Mahathir mendesak Pak Lah menyerahkan kapada Najib sabelum Mac 2009 iaitu sabelum 1st sitting Parlimen Mac 2009. Munkin juga PR ada rancangan lain. PR telah brief Yang Di Pertuan Agung dengan surat, munkin mengenai keengganan Pak Lah berjumpa Anwar, munkin mengenai 30 orang MP dari BN yang telah lompat ke PR. Di sini semua tu tiada di siarkan oleh BBC, samada BBC tak anggap itu perkara besar atau BBC sibuk dengan Giant Bailout Package di Amerika Syarikat.

Sms ikin jam 6.40 pagi (11.40 Malaysia), katanya dia baru keluar dari Pyramid membeli barang-barang untuk Anis. Jam 11 pagi (4 petang) katanya dah sampai JB dan sedang hantar kawan-kawannya disekitar JB.

BBC World News hari ini menyiarkan berita tentang letupan bom di Beirut, Syria dengan gambar kereta Proton Gen-2 1.6 berwarna putih yang kelihatan remuk di bahagian belakangnya dek lutupan tersebut. Good publisiti untuk Proton, itu pun kalau penonton tahu Proton itu kereta nasional Malaysia.

Sejak subuh aku batuk, hingus dan sejuk. Kalau selalu air cond bilik aku rasa tak cukup sejuk, mulai pagi tadi aku rasa bilik hotel ini sejuk walau pun air-cond di matikan. Aku berdoa janganlah penyakit bronchitis yang aku kena semasa di London April 2007 tidak menyerang lagi, Pip kata kerana aku banyak mandi. D sini panas, bila rasa badan bahang aku mandi, khasnya salepas berbuka puasa sabelum masuk ke masjid untuk solat isya’ dan solat terawih.

Alif sms, abah banyak tidor dan hari ini mula tanya pukul berapa dan berapa haribulan. Dia juga nak cakap perut lapar. Alhamdulillah dah kembali normal dia kalau dia nak tanya berapa haribulan dan komplen nurse tak cukup bagi dia makan. Kalau di rumah kuih atau roti atau tauhu goring sentiasa berada di atas perut dia, mudah dia kunyah bila-bila dia nak.

Malam ini malam Ahad, malam terahir kami berada di Mekkah al Mukarramah ini. Badan aku masih belum kebah, sejuk masih terasa walau air-cond di matikan sejak pagi tadi. Jam 5.45 petang tadi aku kuatkan badan untuk turun ke restoran Yaho beberapa pintu dari hotel ini untuk membeli kari kambing dan roti, kalau ada. Ni malam terakhir, apa yang terasa nak makan baik di lampiaskan. Esok jam 8 dah bertolak ke Jeddah. Minta kari kambing, lamb chicken, tapi dapat sop kambing dengan 2 keping roti arab nipis. Pun takpe, SR20 kami makan berdua, dengan cicah serunding lagging ada masih belum habis. Solat maghrib, isya’ dan terawikh di bilik hotel sahaja. Jam 9 aku minta Pip turun, terasa nak makan aiskerim, Pip balik memberitahu saf solat jemaah samapi ka kedai aiskerim iaitu kedai ke 3 di bangunan kalau kita berjalan dari Masjidilharam. Hotel kita adalah unit ke 12 agaknya di dalam blok bangunan yang sama. Sedap betul aiskerim arab, nikmat khasnya bagi aku yang baru nak baik demam. Sambil makan aiskerim sambil kami menonton solat terawih dari Masjidilharam di TV sahingga habis, baru aku solat isya’ dan solat terawih sendiri.

Malam ni sabelum jam 2.30 kami di minta mengeluarkan bagasi untuk di angkut oleh pekerja hotel, Pip pun dah siap kemaskan menunggu waktu 2.30 pagi sahaja, dengan meninggalkan barangan ringan yang akan di bawa turun sendiri salepas tawaf wada’ lebihkurang jam 7 pagi nanti. Kalau aku dah sihat aku akan ke masjid jam 12.30 untuk mengikuti solat malam ma’mum, jika tidak aku masuk macam biasa jam 3.30 pagi untuk buat qiamulail sendiri, di ikuti dengan solat subuh dan lepas tu terus buat tawaf wada’ bermula jam 5.30 pagi satelah selesai solat subuh.

Semua yang di buat mental planning dapat di jalankan dan ntawaf wida’ yang di jalankan di aras 1 selesai jam 6.34 pagi di ikuti dengan solat sunat tawaf dan bacaan doa tawaf wida’. Balik ke bilik hanya mengambil barangan kecil, kerana 2 barangan besar telah di bawa turun ke bawah jam 3 pagi tadi. Mat Indon tidak dapat menjalankan tugas yang di berikan, ada yang kata SR15 saorang itu masih pada Ustaz.

Kami berkumpul di lobi hotel sejak jam 7.30 pagi, bas sampai tak lama lepas itu di mana bagasi di punggah ke dalam perut bas oleh jemaah yang muda-muda, bas bertolak tepat jam 9 dari hotel Najd Mekkah menuju ke Jeddah. Sampai di Jeddah, kami di tunjukkan Maqam Hawa dari luar pagar, pagar batu bata berwarna oren di satu tempat lapang munkin se besar satu padang bola, di kiri kanannya adalah bangunan-bnagunan moden dan lama. Kami menyusuri Laut Merah melihat akan pembangunan di tanah yang di reclaimed, sahingga sampai di Masjid “Terapung” jam 11.15 pagi. Pintu pagar masjid berkunci, kami memanggil pekerja angkat sampah yang memanjat pagar masjid untuk memanggil Tok Siak untuk membuka pintu pagar masjid itu. Satelah dapat masuk masing-masing bersolat 2 rakaat, mengaji sambil menanti waktu zohor sekitar jam 12.18 tengahhari. Kami akan solat jama’ qasar zoho/asar di sini supaya tak payah lagi solat asar di lapanganterbang nanti.

Alif sms pagi tadi katanya dr hasnahbi benarkan abah discharged Isnin, maknanya sama hari aku sampai. Aku landing di Changi airport jam 11.40 pagi insyaallah, dan akan sampai di JB jam1.30 tengahhari. Abah pun munkin masa itu dah sampai di rumah.

Sabelum solat zohor, ada lah kumpulan Melayu buat solat sendiri di baris belakang masjid, imam memandang ke belakang tanda tak setuju cara itu. Dalam keadaan macam itu, walau pun kita nak solat jamaq qasar zohor/asar, sepatutnya kita menghormati imam masjid dengan mengikuti imam solat zohor tapi aku rasa kita tidak niat berma’mum tapi kita niat solat zohor di jama’kan dengan asar tetapi kita mengikuti pergerakan 4 rakaat solat zohor yang di imamkan oleh imam.

Satelah selesai, samada bersendirian, atau kalau ramai yang bersama rombongan kita, kita boleh qamat dan lakukan solat asar jama’ ta’dim dengan zohor, tapi samada kita buat 2 atau 4 rakaat bagi solat asar bergantung kapada niat kita masa solat zohor dengan imam tadi. Aku rasa elok kita buat 4 rakaat asar di jama’kan dengan zohor kerana pada masa zohor tadi kita tidak niat qasar atau di pendekkan.

Lepas solat kami terus di bawa ke lapatangan terbang Jeddah dan tiba jam 1.23 tengahhari, waktu berbuka puasa jam 6.15 petang dan flight jam 7.40 malam. Saperti yang di jangka tiada pekerja membantu kita dengan bagasi sapertimana di hotel pagi tadi, jadi kami cari troli sendiri, angkat bagasi ke atas troli termasuk air zamzam dan sorong troli ke dalam terminal samentara menunggu masa untuk check in. Ustaz kata boarding pass dah dapat, seat bermula dengan 22 tapi berterabur, jemaah di minta bekerjasama menukar seat untuk duduk dengan mahram masing-masing salepas pesawat berlepas. Sekarang baru pukul 1.49 tengahhari, rasanya masih terlalu awal untuk di benarkan check in. Biasanya 3 jam sabelum berlepas iaitu jam 4.40 petang, masih ada dekat 3 jam lagi untuk check-in. Ni pun Pip tengah sibok mengikat riben biru putih pada air zamzam.

Bagasi kami tidak “beranak”, masa pergi ada 2 bagasi kargo, balik pun masih 2. Memang kami tak shopping, tak tau apa nak beli kat Madinah dan Mekkah, barangnya kalau tak dari negeri China, dari Indonesia. Dek selalu pergi Umrah, rasanya tak ada mood nak beli korma, kopiah, sejadah, tasbih dan barangan lazim yang lain. Yang kita tengok barang berbeg-beg sampai 6 hingga 7 saorang jemaah, itu lah dia barangnya. Tapi first timer, OK lah munkin ramai waris-waris menunggu untuk souvenir Mekkah dan Madinah macam tu, atau sakurang-kurangnya itu yang jemaah sangka. Samada waris-waris appreciate pemberian tu, wallahhualam.

Airport Jeddah ni tiada kemajuan satelah 4 tahun kami tak kemari, sama aje rupa terminalnya. Munkin tambah kerusi menunggu yang berwarna hitam, macam kerusi kulit dan bersambung antara satu sama yang lain. Ada cermin sekat di tengah-tengah macam melarang bukan penumpang melepasi cermin ini untuk ampai ke check in counter. Yang lain sama.
Penerbangan terus Jeddah Singapore biasanya mengambil masa 8 jam, kalau kita bertolak katakana 8 malam (1 pagi Malaysia) dan tiba Singapura jam 11.40 pagi, bermakna waktu penerbangan adalah 10 jam 40 minit, ini munkin pesawat ini transit di Riyadh macam kita sampai tempohhari. Di Riyadh kalau kita kena turun pun ok, dapat tengok airport Riyadh sakali lagi, kalau tak turun pun tak apa, tak payah susah-susah beratur di terminal Riyadh.

Jam 3 petang kami telah siap check in, kami dapat tempat duduk 62 D dan 62 E. Proses imigeresen juga cepat dan kami menunggu selepas kedai duty-free. Aku sempat beli 6 botol minyak wangi, untuk anak-anak dan menantu-menantu. Jam 5.30 makanan paket sampai berupa nasi putih, ayam macam masak lemak cili padi, telur goring dan acar. Jam 6.15 waktu berbuka puasa, minum air zamzam dan makan korma, kami terus pergi solat maghrib di jamakkan dengan isya. Surau agak sempit, jadi jemaah Malaysia buka ruang solat sendiri, ramai pulak jemaah negara lain yang join sekali. Lepas solat sambung makan, belum puas makan panggilan masuk, kami turun dan naik bas menuju ke pesawat. Pesawat berlepas lebihkurang jam 7.45 petang, makanan di dalam pesawat merupakan nasi dengan daging lembu macam masak kicap, malangnya nasinya rasa macam hangus, so makan sikit saja.

Pesawat singgah Riyadh menurun dan mengambil penumpang dan jam 4.20 pagi waktu Malaysia pesawat berlepas menuju Singapura, perjalanan yang akan mengambil masa 7 jam 45 minit. Kami di jangka mendarat jam 11.40 pagi waktu Malaysia.

Kami mendarat di Changi jam 11.27 pagi, kami di jemput oleh Shahrul Ikin Adam dan ‘Ammar dan sampai rumah jam 1 lebih. Alhamdulillah, abah pun baru sampai di hantar oleh ambulan dari Puteri Specialist Hospital.




JADUAL SATU


HJ. MD ALI BIN ZAITUN
NO 24, JALAN PADI HUMA,
BANDAR BARU UDA,
81200 JOHOR BAHRU, JOHOR.
TALIPON 07 2383778 / 019 7123555

22 September 2008

KAPADA,

ASHARI MOHD. SALLEH
LOT 6321 LORONG HAJI RAZAK,
BATU 1 ½ JALAN KOTA RAJA,
41000 KLANG, SELANGOR.

DAN

PENGARAH URUSAN,
PROGRESSIVE PUBLISHING HOUSE SDN. BHD.
NO. 12, JALAN AU 5C/14, TAMAN LEMBAH KERAMAT,
54200 KUALA LUMPUR.

Tuan-tuan,

Per : Teguran Membina PANDUAN UMRAH & ZIARAH yang di edarkan oleh Tiram Travel Sdn. Bhd.

Adalah saya salah saorang jemaah umrah Tiram Travel bagi pakej akhir Ramadan 15 hingga 29 September 2008 telah di bekalkan dengan buku panduan diatas Cetakan Kedua 2008 yang saya kira bagus susunannya dan mudah di fahami oleh jemaah umrah. Walau bagaimana pun saya perhatikan terdapat munkin sadikit kesilapan menaip dan/atau susunan perkataan dan ayat yang saya harap pihak tuan dapat meneliti balik dan betulkan, jika ianya benar-benar satu kesilapan. Saya perturunkan di bawah ini pemerhatian saya :-

1. Mukasurat 89 - baris 6 dari bawah.
Saya rasa lebih manis kalau di baca di baris itu “ telah memberi nasihat kapada umatmu, engkau.....”,

2. Tiga ayat pertama mukasurat 90, lebih molek kalau di baca sapeti berikut :-
“serta menganugerahkan kapadanya tempat yang terpuji yang Engkau janjikan. Sesungguhnya Engkau tidak sesekali memunkiri janji.”

3. Mukasurat 94 baris 7 dari bawah.
Ejaannya adalah “selawat” bukan “salawat”.

4. Mukasurat 109 baris 4 dari bawah.
Perkataan sepatutnya adalah “keampunan” bukan “kempunan”.

5. Mukasurat 110 baris 3 dari bawah.
Munkin yang di maksudkan adalah “tuan rumah” bukan “Tuhan rumah”.

6. Mukasurat 113 baris 6 dan 5 dari bawah.
Munkin lebih molek kalau 6 dari bawah di baca “kebahgiaan di dunia ini dan juga kebaikan di akhirat.”

7. Mukasurat 115 barisan akhir.
Munkin perkataan yang di maksudkan adalah “pandangan” bukan “pandang”.

8. Mukasurat 118 para 2 baris 3.
Munkin tanda koma perlu di tiadakan.

9. Mukasurat 136 para 2 baris 9
Munkin perkataan yang labih baik adalah “memuji” bukan “memujikan”.

10. Mukasurat 138 para 1 baris 7.
Munkin boleh di tambah perkataan “keampunan” salepas perkataan “memohon”.

11. Mukasurat 144 baris 3 dari bawah.
Munkin lebih molek kalau di gunakan perkataan “keagungan Nya” daripada “keagungan” sahaja.

12. Mukasurat 149 para 2 baris 4.
Munkin perkataan yang di maksudkan adalah “terpesong” bukan “terpesona”.

13. Mukasurat 156 para 1 baris 4 dan 5.
Munkin ayat yang lebih elok adalah “bersihkanlah hatiku daripada fitnah dan dorongkan fikiranku untuk mengambil iktibar.”

14. Mukasurat 160 baris 1.
Perkataannya adalah “beribadat” bukan “beridadat”.



15. Mukasurat 161 para 1 baris 9.
Munkin baris ini sedap di baca saperti berikut “di dalam hutang yang tidak putus-putus atau kekerasan musuh.”

Pemerhatian saya adalah berdasarkan kemunkinan “typo error” sahaja.

Sekain pemerhatian saya, yang baik datang dari Allah yang buruk datang dari diri saya sendiri.

Sukacita sakiranya pihak tuan-tuan dapat member komen balas kapada pemerhatian saya dan sila kirimkan sa naskah yang terbaru yang di kemaskinikan.

Saya yang benar,


...........................................
(HJ. MD. ALI ZAITUN)


s.k.

PENGURUS,
TIRAM TRAVEL SDN. BHD.
42 A/B, LEVEL ABDULLAH IBRAHIM,
PLAZA KOTARAYA,
80000 JOHOR BAHRU.

(PERHATIAN HJ AZHAR)

Tidak ada komentar: